8 Ogos 2024 kami di Jabatan Dietetik dan Sajian mengadakan Program Sihat Dan Cergas 2024. Pada asalnya nak buat sukaneka je sebab team request nak main sukaneka. Saat akhir Cie terfikir better buat Program Sihat Dan Cergas 2024 supaya semua orang akan dapat gain something.
Tu yang terhasilnya Program Sihat Dan Cergas 2024. Plan asalnya semua staf patut hadir. Tapi ada yang last minute tak dapat hadir. Sehari sebelum program, sebelah pagi ada sorang staf lelaki jumpa Cie bagitau nak cuti 8hb tu sebab anaknya demam. Selepas tu pulak sorang lagi staf perempuan pulak nangis-nangis jumpa Cie bagitau parents dia accident kat kampung.
Kiranya 2 orang tak dapat hadir. Cie dan team AJK terpaksa la tukar program sikit. Sebab kami dah tetapkan 1 group akan ada 3 orang dan total semua ada 4 group. Kami ada 17 orang semuanya. AJK ada 5 orang dan peserta 12 orang.
Bukan 2 orang tu je tak dapat hadir, tiba-tiba ada sorang lagi staf perempuan diserang cirit birit dan dapat MC. Bermakna 3 orang la yang confirm tak join Program Sihat Dan Cergas 2024 8hb tu. Lega la sebab akan jadi 3 group jela nanti akan main sukaneka.
Sebelah pagi 8hb tu Cie dan 2 orang lagi AJK membuat persiapan hadiah, peralatan sukaneka dan persiapan tempat. Hadiah kami murah-murah je beli kat kedai Eco je. Duit pun keluar sendiri je buat collection.
Rupanya tak berakhir di situ ye. Ada sorang lagi staf perempuan betul-betul last minute tak dapat join sebab doktor pakar nak jumpa dia. Mak dia admit ward dah beberapa hari dan ada problem tu yang doktor pakar nak jumpa. Terpaksa la bos kami jadi bidan terjun join main sekali nak bagi cukup 3 orang untuk 1 group.
Tu la kan kita hanya merancang, Allah menentukan. Walaupun pada awalnya kita harap sangat semua staf dapat join lebih meriah. Tapi apekan daya Allah penentu segalanya.
Sepatutnya Program Sihat Dan Cergas 2024 akan bermula jam 11 pagi selepas siap staf plating untuk makan tengahari pesakit. Tiba-tiba ada lagi 1 ujian Allah berikan. Dah 10 lebih macam tu nasi yang staf masak untuk patient tak masak pulak. Nasi mentah tak jadi nasi tomato. Cepat-cepat mereka masak semula nasi putih je untuk patient. Masak dalam 30 minit. Terpaksa la lambat sikit keluar diet. Kalau ikutkan troli diet keluar 11 pagi. Terlambat la sikit beberapa wad makan hari tu.
Kami mulakan Program Sihat Dan Cergas 2024 hampir jam 12 tengahari. Dimulakan dengan pembahagian kumpulan untuk sukaneka. Ada 3 kumpulan kuning, pink dan biru. Kami gunakan reben berwarna dan gunting size untuk mudah diikat pada tangan atau lengan atau kaki. Kami letakkan dalam kertas yang dibungkus dan semua peserta perlu ambil 1 bungkusan dan buka.
Selepas semua dah dapat ahli kumpulan masing-masing, kami mula dengan demo masakan sihat. Tugas buat demo diserahkan kepada Hafis, Pembantu Penyediaan Makanan. Hafis menyediakan chicken salad wrap.
Selepas sesi demo masakan, Program Sihat Dan Cergas 2024 diteruskan dengan ceramah pemakanan sihat dari Pegawai Dietetik Encik Ahmad Syauqi selaku Ketua Jabatan kami.
Selesai sesi ceramah pemakanan sihat, kami terus mulakan aktiviti kecergasan iaitu sukaneka. Sukaneka kami atas tiles je kat depan jabatan kami. Senang je buat program kat mana-mana yang sesuai je.
Aktiviti Sukaneka
Acara Straw Getah Gelang
Setiap peserta diberikan straw setiap seorang. Kemudian setiap kumpulan juga diberikan getah gelang beberapa warna. Setiap warna tu ada markah berbeza. Permainan ini diberi masa 3 minit. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada seberapa banyak jumlah getah gelang yang mereka dapat kumpul. Cara bermain adalah peserta pertama perlu ambil getah gelang menggunakan tangan dan letakkan pada straw di mulut. Selepas itu peserta pertama akan bawa straw bersama getah gelang kepada peserta kedua dan serahkan getah gelang kepada peserta kedua dan peserta kedua akan serahkan kepada peserta ketiga tanpa menggunakan tangan. Manakala peserta ketiga pulak akan bawa getah gelang tu ke hujung dan masukkan ke dalam botol yang disediakan.
Acara Bawa Bola Ping Ping Dalam Sudu
Setiap peserta diberikan sudu dan bola ping pong. Peserta perlu membawa bola ping pong ke penghujung garisan dan masukkan ke dalam botol balang yang disediakan. Peserta perlu melutut untuk masukkan bola ping pong ke dalam balang botol itu tanpa menggunakan tangan juga hanya menggunakan mulut. Pemenang dikira berdasarkan jumlah bola ping pong yang berjaya dikumpul dalam masa 3 minit.
Acara Bowling Buah Kelapa
Untuk acara bowling buah kelapa ni pemenang dikira berdasarkan jumlah jatuhan tin sardin. Setiap peserta perlu membuat 2 kali balingan.
Acara Chopstick Kacang Hijau
Acara chopstick kacang hijau ni setiap peserta diberikan 200gm kacang hijau dan mereka perlu memindahkan kacang hijau tersebut ke dalam bekas lain menggunakan chopstick. Boleh menggunakan kreativiti masing-masing. Pemenang dikira berdasarkan jumlah berat kacang yang berjaya dipindahkan dalam masa 3 minit.
Acara Bola Ping Pong Sarang Telur
Setiap peserta diberikan bola ping pong dan perlu masukkan bola ping pong ke dalam lubang sarang telur yang ditampal sticker. Setiap lubang yang ditampal sticker berwarna mempunyai markah berbeza mengikut warna. Jika peserta memasukkan bola ping pong ke dalam lubang yang tidak berwarna bermakna tiada markah diberikan. Masa diberikan adalah 3 minit.
5 acara sukaneka sahaja kali ini. Disebabkan ada lebih hadiah Cie buat 1 lagi aktiviti individu iaitu teka jumlah berat kacang hijau. Ada 3 pemenang yang meneka paling hampir.
Pemenang Sukaneka
Pemenang Tempat Ketiga Kumpulan Biru |
Pemenang Tempat Kedua Kumpulan Pink |
Pemenang Tempat Pertama Kumpulan Kuning |
Selesai dah Program Sihat Dan Cergas 2024 walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa diharungi. Macam ni la kami melalukan aktiviti sesama sendiri je. Seronok juga apabila jalankan aktiviti kesihatan dan kecergasan begini. Sambil-sambil boleh release stress mengadap kerja.
best bila ada program mcm ni...dpt lakukan pelbagaia aktiviti di samping release stress kan
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya berakhir dgn baik wpun macam² pulak halangan awalnya tu ye .. Congrats Cie & AJK 👍
ReplyDelete