Balut Buku Sekolah - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, February 17, 2025

Balut Buku Sekolah

Balut buku sekolah ni memang rutin setiap tahun. Balut buku teks sekolah kebangsaan dan buku sekolah KAFA. Memang kontrak tetap la kiranya. Biasanya Cie akan buat awal. Tahun ni terlupa pulak nak balut konon hari tu nanti la buat. Sudahnya dah nak buka sekolah.

Balut Buku Sekolah

Tu yang ambil cuti hari Jumaat semata-mata nak balut buku sekolah anak. Padahal boleh je balut malam kan tapi sebab busy terlajak maka nya korbankan jela cuti kita settle apa yang patut. Sekejap je nak balut buku sekolah anak-anak ni cuma masa jela kadang-kadang tak cukup.

Balut Buku Sekolah

Balut Buku Sekolah

Cie suka beli plastik balut buku sekolah kat SMO BOOK STORE. Kualiti plastik tu memang ok. Sebelum ni beli kat Shopee. Bila jumpa kat SMO BOOK STORE tu lagi ok memang beli kat situ je setiap tahun. Pernah la habis plastik balut buku sekolah tu kat SMO BOOK STORE baru la Cie beli kat Shopee je.

Baru ni beli lagi ada diskaun untuk members. Dapat la murah beberapa ringgit kalau beli 2. Ok la tu kan ada juga penjimatan dari beli 1 je. Tak rugi pun memang akan guna banyak juga nanti. Banyak buku sekolah anak yang nak dibalut.

Hari Jumaat dah settle balut buku teks adik Rania. Jenuh juga nak balut sebabnya ada parents yang guna pembalut sticker. Jadinya tak boleh buka dah pembalut tu dah melekat pada kulit buku teks. Cie terpaksa la balut je buku tu tanpa buang pembalut lama.

Balut Buku Sekolah

Balut Buku Sekolah
Pembalut jenis sticker memang melekat dah pada kulit buku

Tahun ni ok sikit buku teks adik Rania dapat. Tahun lepas dah macam belacan. Dengan koyaknya, dengan bercontengnya. Seksa anak nak guna. Nak balut buku pun seksa. Cie selalu pesan kat anak-anak jaga buku-buku tu hanya pinjam saja orang lain nak guna juga.

Sabtu pulak sekolah KAFA umumkan boleh ambil buku kat KAFA. Suami pergi ambil dah petang. Cie malas nak keluar rumah padahal beberapa langkah je dah sampai sekolah KAFA. 

Balut Buku Sekolah

Ingatkan malas nak balut dah sebab buku tu nipis je dan kulit pun licin elok susah nak koyak. Sekalinya petang tadi ustazah kelas whatsapp suruh balut dan kena hantar ke KAFA semula minggu ni untuk disimpan di KAFA.

Gelabah la tadi balut semua buku-buku tu. Mujur la plastik masih ada. Ni pun buku teks KAFA belum dapat lagi ustazah kata tak cukup. Nanti kena la balut buku teks KAFA pulak. Ingatkan dah tutup cerita balut buku sekolah. Rupanya akan ada lagi.

Kakak Raisha taktau la ada buku teks ke tak form 1. Tadi Pengetua bagi taklimat macam takde buku teks sebab mereka guna modul je. Taktau la tu kalau ada juga nanti. Tunggu dan lihat jela.

3 comments:

  1. Rindu nak balut buku sekolah.. sekarang buku yang Cuya ada hanya komik dan novel, tu pon masuk ziplock je, takde balut2

    ReplyDelete
  2. yang sekolah kebangsaan, sebelum cuti sek dah selesai, sebab diorang dapat buku awal...yang KAFA dengan sek men abang Muáz lah...nak buka sekolah baru dapat...lepas tu, ibu bz kesana sini, last2 malam tadi baru selesai balut...

    ReplyDelete
  3. thn ni MZ tak balut buku razeen sbb tak sempat...moga2 bertahan buku2nya tak lunyai laa..sbb pernah 2 thn lps, buku2nya rosak sbb kena hujan etc

    ReplyDelete