Malam tadi Cie tak boleh tidur. Sejak petang balik kerja perut Cie jadi kembung. Taktau salah makan apa. Bila kembung memang tak boleh tidur. Sampai 2 pagi Cie tengok drama Hilang Dalam Rindu. Terlayan pulak bila nampak video lalu lalang kat Facebook. Nak mengadap blog takde idea bila perut tak selesa.
2 pagi cuba tidur tak lena sampai 4 pagi. Lepas tu cuba jugak tidur terjaga setiap jam. Jenuh dah sapu minyak halia, aura terapi. Tetap tak hilang sakit perut. Tertangguh la nak share kat blog alkisah dinner malam tadi.
Cie tak masak lepas balik kerja semalam tu sebab sakit perut tu la. Lagipun anak-anak nak makan luar. Mulanya nak makan kuetiau Sungai Kerpan. Bila sampai kedai tutup rupanya kedai. Lepas tu husband call kedai sate pencawang pun sama tutup. Akhirnya Cie suggest makan nasi goreng ayam di My Papa’s Cooking Anjung Selera Alamanda jela. Alamanda ni kat Lipis pun ada ye bukan Putrajaya je ada Alamanda.
Kadang-kadang tempat makan yang nampak simple sebenarnya lagi best daripada restoran besar. Anjung Selera Alamanda Kuala Lipis ni satu port makan yang memang ramai orang setempat kenal. Walaupun menunya biasa-biasa, tapi suasana dan rasa makanan buatkan kedai ni ada peminat tetap.
Suasana Santai di Kuala Lipis
Kuala Lipis ni bandar kecil yang penuh dengan nostalgia. Kalau waktu malam, jalan taklah sibuk sangat, jadi makan kat kedai macam ni rasa lebih tenang. Anjung Selera Alamanda terletak di kawasan yang senang jumpa, ada parking yang banyak di tepi jalan.
Dari luar kedai My Papa’s Cooking ni tak ada signboard yang terlalu besar atau dekorasi fancy. Simple je, tapi cukup terang dengan lampu tapi warna lampunya kuning di Anjung Selera tu. Ada 2-3 kedai sahaja yang beroperasi di situ.
Semalam tu Cie tengok hanya kedai My Papa’s Cooking dan kedai burger saja yang buka. Kedai mula-mula tu macam dah tutup. Selalu datang situ kedai yang lain takde pelanggan sangat. Ramai lebih tertumpu ke kedai nasi goreng ayam tu.
Masuk dalam ada susunan meja kayu panjang dan meja yang boleh duduk bersila. Tak ada aircond, tapi kipas siling banyak, jadi tak rasa panas. Lagipun Anjung Selera ni kawasan terbuka jadinya udara akan masuk. Kiranya tak panas la.
Ramai juga pelanggan lain ada family dengan anak kecil, ada kanak-kanak berkejaran. Suasana meriah tapi tak bising melampau. Kedai jenis macam ni memang sesuai kalau nak makan sambil borak santai. Selalunya ada live band juga kat situ. Malam tadi takde.
Tengah makan pun nanti boleh tengok keretapi lalu. Berdepan dengan Anjung Selera tu ada landasan keretapi. Keretapi semalam tu maybe dari Gemas ke Kuala Lipis. Last station la di Lipis tu.
Menu Malam Kami
Kalau datang sini kami tak tengok menu dah nak order apa. Memang terus je order nasi goreng ayam best seller kat My Papa’s Cooking. Menu lain ada juga tapi nasi goreng ayam ni mereka punya killer menu la.
Jadi kami empat orang terus order menu yang sama nasi goreng ayam. Untuk minuman, tiga gelas teh o ais dan satu air suam. Simple tapi ngam dengan selera masing-masing.
Nasi Goreng Ayam Dengan Cili Potong
Masa pinggan nasi goreng ayam sampai, bau dia terus buat lapar. Nasi digoreng dengan daun bawang, ada telur hancur, isi ayam kecil-kecil dalam nasi. Dihidang bersama dengan hirisan timun, ayam goreng, cili potong. Dari segi presentation memang tak over, tapi nampak menyelerakan.
Ayam gorengnya rangup di luar, lembut di dalam. Ayam tu maybe digaul tepung beras kot. Bila makan dengan nasi goreng, memang kena. Portion pula memang banyak, bukan jenis kedekut. Kalau bungkus lagi banyak. Biasanya kalau bungkus mereka letak nasi dalam plastik dan dibalut dengan kertas surat khabar.
Yang paling penting cili potong. Hirisan cili padi dalam sos ikan rasanya nampak simple, tapi bila dimakan dengan nasi goreng, rasa dia terus jadi lain. Ada rasa pedas dari cili potong tu tapi sedap. Kalau makan tanpa cili, memang kurang kick. Semangkuk cili potong untuk 4 orang makan. Adik Rania je tak makan cili potong.
Teh O Ais dan Air Suam
Untuk minum, teh o ais dia sedap sebab manis just nice. Tak rasa terlalu manis sampai buat tekak haus, tapi cukup untuk hilangkan dahaga. Ais pun tak cepat cair, jadi minum sampai habis pun masih sejuk.
Husband pula order air suam sebab katanya nak balance balik lepas makan makanan berminyak. Air suam ni pun penting, kadang bila makan pedas, dapat hirup air kosong suam-suam terus lega. Cie memang kena minum ais. Tak pernah la order suam atau panas.
Servis Kedai
Kami sampai je terus ada pelayan ambil order. Air sampai dulu dan nasi goreng 20 minit kemudiannya. Biasanya kedai ni full house dan bercampur dengan pesanan makanan bungkus jadi ada masa lambat jugak dapat makanan. Tukang masaknya hanya ada seorang je kalau tak silap Cie. Tempat masak pun kecil je.
Sebab makanan sedap jadinya semua orang sabar je menanti. Boleh la berborak seisi keluarga dan diselangi dengan mengadap handphone masing-masing sementara tunggu pesanan makanan sampai.
Harga Berpatutan
Harga nasi goreng ayam di sini memang berbaloi. Dengan portion besar, ayam rangup banyak dan rasa yang sedap, memang sesuai dengan apa yang dibayar. Teh o ais pun harga standard, tak mahal macam cafe hipster.
Kalau datang dengan family, tak rasa terbeban pun sebab harga makanan kat sini mesra poket. Itu yang buat ramai pelanggan tetap.
Menu Lain Yang Ada
Walaupun kami semua order nasi goreng ayam, ada juga menu lain yang disediakan di kedai ni. Tapi best seller memang nasi goreng ayam. Ada juga kawan Cie cakap mi goreng dan mi sup dia pun sedap.
Tapi Cie rasa tetap akan repeat nasi goreng ayam sebab dah jadi menu signature kat situ.
Moment Makan Bersama Family
Yang best malam tu bukan sekadar makanan, tapi suasana makan bersama-sama. Sambil makan sambil berborak pelbagai cerita anak-anak. Tentang kawan-kawan, aktiviti sekolah, cerita kelakar, macam-macam la.
Moment macam ni la nanti kita akan rindu bila anak-anak dah makin besar. Jadinya abadikan la moment indah ni bersama-sama.
Kenapa Orang Suka Anjung Selera Alamanda
Bila fikir balik, memang ada banyak sebab kenapa kedai ni jadi pilihan orang Kuala Lipis:
- Menu simple tapi sedap, terutama nasi goreng ayam.
- Portion besar, harga berpatutan.
- Suasana santai, sesuai untuk family.
- Lokasi senang dicari.
Gabungan semua ni yang buat pelanggan rasa nak datang lagi dan lagi.
Wajib Singgah Kalau Ke Kuala Lipis
Kalau ada plan datang Kuala Lipis, bolehlah masukkan Anjung Selera Alamanda dalam list tempat makan malam. Tak perlu cari menu pelik-pelik, cukup order nasi goreng ayam, tambah teh o ais confirm puas hati.
Kadang kita tak perlukan restoran mahal atau cafe hipster untuk rasa bahagia. Cukup dengan nasi goreng ayam panas, suasana santai dan makan bersama orang tersayang. Itu yang buat makan malam jadi istimewa.
1 Ulasan
cantik kedainyaa
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.