Raikan Cinta Syauqi & Athirah

Jauh makan kenduri hari ni sampai ke Jerantut. Menyantuni jemputan bagi Raikan Cinta Syauqi & Athirah. Syauqi ni bos Cie. Dia orang Jerantut. Kiranya majlis sambut menantu ni. 
Mereka dah menikah bulan 9 hari tu di Lipis. Cie tak dapat datang belah perempuan sama tarikh dengan sepupu Faiz yang menikah di Putrajaya. Tu yang belah Jerantut ni datang la jugak. Bos Cie buat di D’Laman Qaseh Jerantut.

Kami sampai tadi pengantin tengah makan beradap. Kami terus makan la dulu. Macam-macam menu ada. Cie ambil Nasi Minyak, Gulai Daging, Ayam Goreng, Acar Timun, Ikan Masin Goreng. Ada Bubur Kacang, Cendol, Dessert, Apam Balik, Ais Krim. Tak ambil semua la tak larat dah kenyang.



Dah siap makan Cie pun ajak la 3 beranak tu bergambar kat photobooth. Takde orang masa tu. Menarik jugak dapat la gambar. Dah siap tu mereka bagi softcopy boleh la simpan. Cie tulis jugak ucapan untuk pengantin. Takde idea jugak nak tulis apa.





Sebelum balik bergambar dulu dengan pengantin dan staf Cie tengah makan. Dia baru sampai. Ada juga Sister hospital bergambar la sekali. 



Cie tak sempat jumpa mak bos je. Sibuk kot layan tetamu. Sempat tegur kakaknya je dekat pintu keluar tu bersalam dengan tuan rumah ucap terima kasih la kan kita dah kenyang makan. Kakaknya bagi doorgift untuk kami 3 beranak. Faiz dah keluar awal-awal dah. Doorgift tissue dan brownies.





Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Menarik doorgift brownies, sedap dimakan 😋

    BalasPadam
  2. Cuti sekolah ni memang banyak jemputan kawin. Hampir tiap minggu.

    BalasPadam
  3. best dpt mkn2 kat tempat kenduri hehheheh

    BalasPadam
  4. Wahh dessert tu selera jgk laaa .. CCL nampak mcm ada brownies tu .. ke kek ehh ?? Pelamin pun cantik ..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...rezeki tu, dapat memenuhi jemputan

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru kepada Syauqi dan Athirah 💐

    BalasPadam
  7. Sukalah dengan idea photo booth dan guest book.. Boleh dijadikan kenangan. Anyway Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.

    BalasPadam
  8. Bertuah lah ada jemputan kahwin, kami setakat ni belum ada jemputan..meriah, gambar2 indah semua bahagia ja kan..alhamdulillah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.