2 Jenis Biskut Raya Homemade

Setiap tahun memang menjadi rutin Cie buat kuih raya. Tak banyak sikit, kalau tak sikit banyak Cie akan buat. Tahun ni Cie buat 2 jenis je biskut. Malas tapi nak buat menjadi jugak 2 jenis. Jiwa nak membuat tu ada so buat la jugak.


Dulu lepas habis SPM Cie buat bisnes biskut raya. Gigih ye waktu ada 2 orang kawan sekolah datang rumah Cie join sama-sama buat bisnes. Sorang orang Negeri Sembilan dan sorang lagi orang Felda Bukit Mendi. Stay la rumah Cie untuk buat kuih raya tu. Banyak jenis juga kami buat. Masa tu gigih ye naik bas dari rumah ke bandar Lipis nak edar sample biskut dan collect order. Banyak juga order kami dapat masa tu tahun 2002 kot. 23-24 tahun yang lepas.

Lepas dah masuk poli Cie buat jugak cuma jual ke adik beradik jela. Masa kerja di KL pun buat jugak lagi. Jual kuih raya. Rajin betul waktu tu. Memang minat. Penat tak usah cakap la. Macam nak patah segala kaki tangan pinggang mengadap tempahan. Lepas tu dah malas sampai sekarang buat untuk makan sendiri jela.

Kenangan lama dulu seronok juga bila diingat kembali. Tak sangka juga segigih itu kan. Pengalaman yang menyeronokkan. Sekarang ni takdela dah nak menjual ni. Ada je yang request nak beli biskut Cie buat. Rasanya tahun lepas kot ada nak mintak beli. Cie tak jual dah. Buat memang untuk makan sendiri dan family je.

Tahun ni Cie buat biskut yang senang-senang je. Cornflakes caramel dan tart cadbury. Boleh kata setiap tahun sama je. Yang betul-betul tak rumit nak buat. Anak buah selalu tanya Cie tak buat almond london dah ke. Dulu memang setiap tahun buat. Malas nak buat dah leceh nak celup-celup coklat tu.



Ni Cie kongsikan link resipi yang Cie buat kuih raya. Boleh la kalau ada yang nak buat.


Khairul Aming baru share resipi cornflakes caramel tu kan ada nampak video dia lalu lalang. Yang Cie buat tu dah tinggal sikit anak-anak dan Cie makan. Baru ni buat 3 kotak. Nak bawak balik kampung sikit nanti. Yang versi KA tu dia lambak terus je, Cie rajin letak dalam papercup senang kalau orang nak makan.

Gambar ni Cie snap 12 Mac dah tinggal banyak ni

Tahun lepas Cie buat cornflakes caramel tu la cedera jari Cie terkena caramel. Berparut la sampai sekarang ni. Lama jugak ambil masa nak sembuh dan bercantum tu. Mujur dah jadi mak orang takdela berkurang duit hantaran. Dah la jari manis pulak tu. Tahun ni berhati-hati dah takut terkena lagi.


Cornflakes caramel tu Cie buat 3 kotak. Hampir 1kg la cornflakes tu. Memang kena buat banyak anak-anak suka makan. Cie buat 2 adunan la. 2 kali buat. Anak-anak la tolong sudukan dalam papercup. Cepat la juga siap.

Tart cadbury pun Cie buat 2 adunan. 1 adunan dapat dalam 80+ pcs je. Sampai 2 kali la Cie beli coklat cadbury. Mulanya beli yang dalam peket. Sepeket ada 30pcs, Cie beli 3 peket. Ada balance lagi beberapa pcs. Sepeket yang mula-mula tu ada 31pcs. Terlebih pulak mereka letak. 



Lepas tu jumpa yang botol beli pulak yang tu. Mulanya taktau berapa biji ada kat dalam. Kat botol tu cuma tulis berat je. Cie try la bahagi berat sebotol tu dengan 1pcs. Angaran ada dalam 80+. So ambil la sebotol. Dapat la 1 adunan lagi. 

Tart cadbury ni kalau Cie bawak balik kampung paling cepat habis. Ramai peminat. Tu yang kena buat 2 adunan. Sedap tart cadbury ni. 3 jenis bahan je. 

Biskut 2 jenis jela. Cie ada order jugak blueberry tart dari kawan Cie. Memang every year order dengan dia. Cie tak makan nenas tu yang tukar kepada blueberry. 

So total biskut raya ada 3 jenis. Ada yang goreng-goreng juga. Kuih gunting weekend nanti nak buat.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wowww cie talented lah bab2 baking..siap amik order tuuu zmn muda remaja yer. terbaekkkk

    BalasPadam
  2. wahhhh sempat tu menjualllll... igt tau jgn habiskan tart tu. sy nak dtg beraya hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.