Bila anak request ni senang la tak payah fikir nak masak apa. Tinggal seminggu je lagi nak masak menu berbuka ni. Hari ni dah 23 Ramadan.
Menu utama kari ayam pekat likat. Cie bantai je guna rempah gulai daging dan gulai ikan. Malas nak buka rempah kari. Rempah gulai daging dan ikan tu ada lagi sikit. Entah bila pulak nak masak kan jadi kita lebur je jadi kari ayam. Kari ke gulai ke sama je. Letak santan KARA sikit.
Menu kedua protein Cie masak telur dadar. Memang ngam la dengan menu kari tu. Telur dadar Cie kosong je tak letak bahan lain. Anak-anak tak makan kalau campur bawang ke cili ke. Jadi biar la kosong je.
Goreng juga ikan masin 2 ekor. Makan dengan kari dah macam menu kenduri. Sambal belacan je takde. Buat budu je nak cicah dengan bendi celur dan daun selom. Ngam la menu kenduri ni.
Buah sama je dengan semalam tu. Jambu dah habis tinggal ni je last. Epal merah ada lagi. Esok beli buah lagi untuk minggu depan pulak.
Adik Rania request nak cha ba ang. Buat la juga sikit tadi. Nanti dia kata nak minum waktu moreh kang. Minuman bersusu nanti muak makan dengan nasi.
Tu jela menu berbuka kita untuk 23 Ramadan ni. Esok nak beli barang dapur untuk stok seminggu. Barang raya untuk masak di kampung boleh la selit-selit dah plan nak beli apa. Beli bahan kering dulu. Kakak-kakak balik kampung raya ni. Kami berkumpul di kampung hari Sabtu.




0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.