Aktiviti Awal Pagi Sabtu 27 Mei 2026

Cepatnya masa berlalu. Awal pagi juga keluar tadi. Singgah sarapan dulu di kedai roti canai Syed. Taktau dah nak makan apa. Tengahari nak makan kenduri tu yang makan roti canai jela. 

Cie dan kakak Raisha order roti telur cheese. Adik Rania dan babahnya order roti sarang burung. Roti sarang burung kat Lipis ni versi ada 2 biji telur je kat tengah. Air pulak teh o ais 2, neslo ais dan air suam. 




Roti canai dah ok. Kuah pulak macam out sikit. Kari macam pecah santan. Kuah dhal pulak macam masak lemak. Maybe dhal tu blend. 

Lepas siap sarapan kami terus ke TF nak beli barang dapur. Biasa kalau lepas gaji ramai orang. Pagi ni macam lengang. Takde beratur panjang. Total membeli barang penuh troli RM204. 35. 


Sebulan sekali beli barang kering. Barang basah seminggu sekali beli di BS Freshmart je. Ada masa kalau sikit je barang kering habis beli di BS atau Mini Ria dekat area rumah je. 

Selesai membeli barang dapur terus singgah di Ninso pulak. Anak-anak nak beli cermin besar. RM59.90 harganya. Babahnya layankan jela anak dara nak bersiap. Almari baju bilik anak-anak takde cermin. Ada cermin lama Cie zaman bujang dulu kecik je nampak separuh badan tu yang anak-anak taknak. 



Sebelah Ninso ada Zus sekali arung terus beli kopi. Cie nak insulated bag Zus tu cantik pulak baru ni staf Cie belanja Zus dia nak dapatkan Zus Buddies. Dah habis tadi. Sticker pun dah habis. Laju betul baru je lagi hari Rabu tu staf Cie order. 

Insulated bag tu kena beli 4 cups. Masa Cie tanya adik barista tu dia cakap dapat. Tapi takde pulak dia cakap kena request dalam apps tu. Cie ni taktau. Masa nak pick up tu Cie tanya adik tu tak dapat beg ke. Dia cakap kena request. Tapi dia bagi je. Cie tak perasan pulak ada part kena klik kot. 


Kakak Raisha punya

Iced shaken double espresso + velvet creme

Faiz punya

Adik Rania punya



Selalunya takdela beli 4 air. Tadi sebab anak-anak nak jugak. Tu yang beli jela terus 4. Cie punya iced shaken double espresso + velvet creme. Faiz iced buttercreme spanish latte. Adik Rania creamy manggo. Kakak Raisha double chocolate chip frappe. 

Cie nak kumpul cup counts je. Nak naik rank semula. Kat Zus ni kalau kurang membeli jatuh la semula rank. Setiap rank tu ada target cup kena cukupkan. Setiap rank tu ada la benefit yang kita akan dapat. Best masa birthday la. 

Singgah BS pulak selepas keluar dari Zus. Faiz nak beli ayam. Kat TF beli ikan bawal dan udang kecil tu je. Selalu beli ayam di BS murah sikit. 

Settle dah semua urusan terus gerak balik rumah. Anak-anak duk menyusun atur bilik nak letak cermin baru. Faiz settle bahan basah ikan, ayam, udang. Cie settle sayuran. Kerahkan anak-anak susun barang kering dan buang kulit bawang. Bekerjasama cepat la siap semua urusan. Lepas tu baru boleh mengadap blog pulak. 





Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Lama rasa tak mengopi makan roti sarang. Nanti boleh ajak adik-adik :)

    BalasPadam
  2. ammi jarang dah beli...sebulan sekali je. itupun kadang2 tak beli langsung sebab ammi ni lagi suka minum black coffee...takat nak minum yg black nak beli americano macam rugi jelah pulak hahaha

    BalasPadam
  3. Duuuu lihat kopi yg kakak beli, langsung teringin nak kopi. Dah 2 hari off kopi 😅😅. Esok nak mengopi lah. Kemarin di KL tak sempat pula beli Zus. Padahal dekat hotel ada yg jual

    BalasPadam
  4. Dapat cermin besar mcm tu, baru la puas hati nak bersiap...kikiki

    BalasPadam
  5. Sedapnya roti canai tu. Happy la anak-anak dara dapat cermin full length ye🥰

    BalasPadam
  6. zuss pun ada bg promo gift masa bday ker kalau kumpul beli points byk2 cup tu? sbb mcm tak tahu hahaah kalau CBTL or starbucks tu MZ tahu la time bday memang dpt voucher utk redeem cake

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Zus pun ada. Kek buy 1 free 1, kalau zus elite pulak dapat free hot meal with purchased handcrafted drink. Yang rank lain buy 1 free 1 kek je.

      Padam
  7. Yang dah dapat gaji government, swasta belum lagi...tu yang mungkin tak ramai.
    Ehh.. murahlah harga cermin tu... akak ada belikan Bami dalam 100 camtu. Akak plak jarang masuk Ninso, rasa sekali je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah murah ada beberapa size. Yang ni paling besar rm59.90. Yang kecik sikit RM49.90. Tengok kat threads ada orang share.

      Padam
  8. roti sarang burungnya tak ada daging cincang ya.. simple je

    BalasPadam
  9. Haritu saya beli 3 air zus tu, tpi tak request nak beg. Pastu mintak kat cashier tu dia bagi je beg insulated tu.
    Saya tgh nak kumpul zus hippers tu, pastu sekarang semua outlet dah out of stock..

    BalasPadam
  10. Aduhai.Terliur tgk roti sarang burung tu. =q

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.