Pada 19 Jun 2026, Cie telah menerima Vivo X300 Pro melalui penghantaran GDEX. Proses unboxing kali ini memang antara yang paling Cie nantikan sebab ini adalah bertukar terus daripada iPhone ke Vivo Android sepenuhnya.
Dah 9 tahun tinggalkan android dan beralih ke Iphone, kini nak bertukar angin ke android semula atas beberapa sebab la. Keputusan yang agak sukar sebenarnya.
Kalau ikutkan Iphone 14 masih berfungsi dengan baik kecuali masalah bateri je. Cie malas nak tukar bateri, tukar handphone terus. Android sekarang lagi canggih dari iphone. Iphone pun dah tak bagi charger harapkan harga je mahal.
Cie pun takde pakai ekosistem Apple yang lain ipad atau apple watch ke so takpela kalau nak bertukar pun.
Unboxing Vivo X300 Pro
Kotak Vivo X300 Pro datang dalam keadaan kemas dengan packaging standard flagship Vivo. Memang exclusive betul kotaknya. Dalam kotak, Cie dapat:
- Unit Vivo X300 Pro
- Kabel pengecas USB-C
- Adapter pengecas pantas
- Casing
- Manual dan warranty card
- Pin simcard
Rekaan telefon ini nampak premium sebaik sahaja dipegang. Skrin besar dengan bezel nipis memang beri first impression yang sangat memuaskan.
Panjang sikit dari Iphone 14 dan sedikit berat juga. Tapi tak mengganggu pun. Dulu masa pakai iphone 8 plus pun besar jugak. Bila bertukar ke iphone 14 sedikit kecil rasa tak puas nak menatap skrin. Sekarang kembali ke handphone yang besar. Puas nak mengadap blog. Maklumla boleh kata 98℅ Cie guna handphone untuk blogging.
Setup awal juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar. Proses login akaun Google, install aplikasi asas dan sync data semua mudah dilakukan.
Cuma sebelum tu Cie dah buat kesilapan besar berkenaan dengan Colored Note sebuah apps yang Cie simpan segala macam nota dalam tu. Termasuk semua password. Cie nak back up data ke emel tapi macam tak boleh back up. Gatal tangan uninstall apps tu. Lepas tu install semula. Hambik kau semua hilang. Nangis dalam hati jela atas kepandaian diri sendiri.
Proses Migrasi Dari iPhone ke Vivo
Peralihan dari iPhone ke Android sebenarnya agak smooth secara keseluruhan, tetapi tetap ada beberapa cabaran kecil yang perlu dihadapi. Kalau iphone ke iphone, android ke android mudah je. Tapi iphone ke android ada sedikit cabaran. Masa Cie migrate dari android ke iphone tahun 2017 dulu pun ada cabaran tersendiri.
Antara data yang berjaya dipindahkan dengan mudah:
- Contact
- Gambar dan video
Ni yang paling penting sekali. Alhamdulillah berpindah dengan selamat. Namun, tidak semua benda berjalan sempurna.
Cabaran Semasa Migrasi
Walaupun majoriti data berjaya dipindahkan, ada beberapa perkara yang agak mencabar dan ambil masa untuk diselesaikan.
Ini antara cabaran paling besar. Proses transfer chat dari iPhone ke Vivo tidak semudah yang dijangka. Ada beberapa langkah yang perlu diulang dan proses verifikasi juga agak rumit.
Walaupun akhirnya berjaya setup semula, ada sedikit gangguan dari segi history chat lama yang tidak sepenuhnya muncul seperti di iPhone sebelum ini.
Memang stress juga dibuatnya. Macam-macam cara la digunakan. Data tu ada je di iphone. Cuma nak dipindahkan tu rumit. Whatsapp punya security high level sangat. Tak macam telegram mudah je.
Isnin 22 Jun Cie try je sekali lagi transfer chat. Cuma masa tu chat di iphone belum restore sepenuhnya. Wifi takde, guna hotspot slow nak restore. Cie buka whatsapp di iphone, simcard kat Vivo. Cie pun klik transfer sekali berjaya la.
Cuma tak semua media berjaya transfer. Chat history ada, document dan image ada yang takde. Ada masa nanti la cari wifi nak restore sepenuhnya.
CIMB Clicks
Aplikasi perbankan juga menjadi cabaran. Cie tak ingat password cimb clicks Cie tu yang menjadi masalah bila nak log in. Bila click forget password pun tak dapat nak click secure tac tu sebabnya dihantar ke apps di iphone yang Cie dah ter uninstall juga di iphone. Lagipun device belum bertukar.
Petang Ahad 21 Jun tu Cie call customer service CIMB maklumkan masalah Cie dan beliau dah reset semula online banking Cie dan deactivate device lama.
Cie just create id dan password baru. Id lama dah suspended selepas Cie banyak kali klik forget password tu. Begitulah silap langkah sikit je habis la.
Pengalaman Penggunaan Awal Vivo X300 Pro
Selepas selesai semua setup, penggunaan harian Vivo X300 Pro memang terasa sangat berbeza berbanding iPhone. Ada la pro n cons setiap handphone tu kan.
Ada yang iphone ada, android takde. Ada yang android ada tapi iphone takde. Begitulah kan takde yang sempurna. Asalkan dapat gambar yang cantik dengan Vivo ni pun dah memuaskan hati Cie.
Bateri pun tahan. Cie charge sekali atau 2 kali sehari je bateri. Jimat penggunaan bateri.
Belum explore sepenuhnya lagi tapi overall semuanya Cie berpuas hati dengan menambah komitmen bulanan. Saja cari penyakit kan. Hahaha. Semoga dapat income dengan berblog ni.












21 Ulasan
puas hati dapat X300 nie..hihihi..
BalasPadamtp, linda tang tukar gambar dan data, memang failed lahh
cantik tak gambar dia.. tgh riki2 hp lagi satu khas untuk ambil gambar..
BalasPadamSemoga berfungsi dgn baik hendaknya
BalasPadamwah hp ni ada dalam wishlist cr jgk sbb hasil gambarnya cantik. nanti share hasil gambar dan video ye
BalasPadambagus jugak cie buat review, boleh tumpang review cie...
BalasPadamnanti nak tengok gambar dari kamera phone baru ni
BalasPadamSemoga phone baru ni memberi manfaat kpd Cie
BalasPadamSelamat datang ke android.
BalasPadamUncle pun salah sorang yg abandon iphone dan pindah ke android.
Dia punya kelam kabut dalam sehari dua je... lepas tu good to go... Semua benda boleh sync macam biasa... No wories!
Saya salute dapat beralih dari iPhone ke Android. Saya dah pakai iPhone dari 2011 lagi jadi rasanya memang susah nak bertukar ke Android sebab ekosistem mmg dah sepenuhnya guna produk Apple 😅 melainkan lepas ni Android dah boleh sync iCloud jugak, susah utk saya nak beralih ke phone Android.
BalasPadami ada lah jugak teringin/plan nak tukar hp baru, cuma tu lah..leceh bab2 migrasi tu esp internet banking...sblm2 ni memang i suruh org kedai celcom yg buat semuanya lps beli hp tu
BalasPadamWahhh..Tahniah dah dpt phone baru.Kita geng. Part battery mmg agreed. Tahan lama.
BalasPadamreview yg paling ditunggu-tunggu!
BalasPadamWah, selamat kembali ke dunia Android Cie! Betul sangat, sekarang Android memang dah makin canggih dan berbaloi sebab siap dapat adapter skali. Bab migrasi iPhone ke Android ni memang tinggi betul tahap kesabaran nak hadap, terutamanya tang WhatsApp tu. Berbaloi la sikit komitmen bulanan janji bateri tahan lama & gambar lawa untuk blog kan?
BalasPadamCabaran dan dugaan telah dapat ditempuhi. Bagus review Cie.
BalasPadamKalau akak.... beli kat kedai je... biar depa setel semuaðŸ¤
Cabaran dan dugaan telah dapat ditempuhi. Bagus review Cie.
BalasPadamKalau akak.... beli kat kedai je... biar depa setel semuaðŸ¤
Password ni disebabkan banyak nak kena ingat......kadang lupa juga kan....
BalasPadamSaya memang warga android...So,selamat datang cieðŸ¤
BalasPadamBila hendak tukar telefon macam-macam nak kena pindah, ammend segala kan. Remeh tapi kena buat begitu.
BalasPadamwahhhh besarnya dia punya lensa kamera
BalasPadamKamera dia nih baguuuus memang. Saya masih galau utk ganti hp, antara pilih vivo X pro ini atau Oppo X pro. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
BalasPadamMemang untuk migrasi dari jenis yg berbeda agak sulit ya kak. Semoga lancar semuanya.
Tahniah Cie dengan Vivo X300 Pro! 😊 Seronok baca pengalaman unboxing dan proses berpindah dari iPhone ke Android. Memang nampak bukan semudah yang disangka, terutama bab WhatsApp dan aplikasi bank. Mujur akhirnya semua berjaya diselesaikan. Semoga berbaloi dengan komitmen bulanan dan makin semangat menghasilkan gambar cantik untuk blog.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.