Settle iron baju baru la bersiap nak keluar beli barang untuk rumah sendiri dan untuk bawak balik kampung. Tugas Cie la beli barang-barang. Adik beradik sampai petang kot. Cie nak kena beli kek dan buah untuk hantaran juga ni kang.
Singgah sarapan dulu sebelum pergi beli barang. Lama tak makan kat kedai Angah yang dulu meniaga kat taman Cie. Gerai tu dah kena roboh. Majlis Daerah buat bangunan food court tengah dalam pembinaan. Sekarang dia meniaga kat luar taman tapi dekat la juga tak sampai 5 minit naik kereta.
Cie dah lama tak makan kat sini. Macam biasa order lontong la. Lontong Angah ni sedap. Anak-anak order roti canai nutella. Faiz order roti canai double. Ambil 2 ketul ayam. Ayam dia pun sedap rasa macam dia perap dengan Adabi ayam madu tu.
Siap makan baru la ke BS pulak beli barang. Nanti free Cie blogwalking. PV pun dah kembali normal selepas kena removed hari tu slow sikit.



9 Ulasan
Lama tk mkn lontong
BalasPadamSedapnya lontong. Tengok rupa dia pun puas hati banyak segala rencahnya. Best makan. Seronok balik kampung ada majlis. Dapat berkumpul adik beradik dan anak buah semua. Semoga Allah permudah majlisnya nanti. Aamiin...
BalasPadamLama tak makan lontong... Roti canai Nutella pun ada ye. Tak pernah makan
BalasPadamYa ampun! Sedapnya lontong.
BalasPadamSy peminat lontong =)
BalasPadamNext level tu roti canai Nutella.
BalasPadamSelamat bersarapan
BalasPadamAiiiih lamaaaaa sangat tak makan lontong sayur. Sebenernya kan tetangga sebelah rumah saya jualan lontong sayur dan nasi uduk (mirip dengan nasi lemak, beda topping).
BalasPadamDuluuu awal2 memang sering beli. Tp mungkin Krn sebelah rumah persis, bosan juga laah. Jadi dah lamaaa tak makan 😅😅.
Sedaap, tapi tak mungkin makan tiap hari
Tahniah nak dapat anak menakan! Lontong kuah lodeh sarapan pagi tu nampak sedap, memang tenaga padu sebelum shopping hantaran.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.