2
menu lunch untuk hari ini NASI AYAM.....

pewarna kuning takde...dalam pic nampak macam nasi putih lak
Bahan2 untuk masak nasi:
Beras
Air rebusan ayam
Garam
Bawang besar - kisar
Bawang putih - kisar
Halia -kisar
Marjerin
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Cara membuat:
Kisar bawang besar, bawang putih & halia. Panaskan marjerin kemudian tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga. Masukkan bawang yg telah dikisar. Biarkan hingga garing. Ketepikan. Masukkan beras yg telah dicuci ke dalam rice cooker, garam, bahan tumisan & air rebusan. Biarkan hingga masak.
*Kalau nak nampak kuning boleh letak pewarna kuning atau serbuk kunyit.


ayam...1st time letak madu untuk perap ayam...biasa letak kicap jeh..
Bahan2:
Ayam - ce ambil bahagian kepak je. My favourite part
Madu
Kicap manis
Sos tiram
Minyak masak

Cara membuat:
Rebuskan ayam hingga masak kemudian toskan air rebusan. Perap dengan madu & kicap serta sos tiram. Setelah agak sebati boleh la mula menggoreng Ayam sehingga masak.

Sambal pulak selalunya cili merah kan..arini kita masak sambal kicap pulak..
Bahan2:
Kicap manis
Cili padi

Cara membuat:
Kisar kedua2 bahan hingga cili hancur.

sup nih sama je kot dengan resepi orang lain..tapi sy punya simple je..senang nak buat..
Bahan2:
Air rebusan ayam
Bawang putih kisar
Bawang besar kisar
Halia kisar
Daun sup & daun bawang potong halus
Minyak masak
Sup bunjut
Garam

Cara membuat:
Tumiskan sup bunjut serta bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika. Siap.


tomato, salad, timun


taraaaaaa....hasilnya setelaj di hidang

Selamat mencuba ^_^

Post a Comment Blogger

 
Top