Sesetengah vitamin pula membantu tubuh
menghasilkan sel-sel
darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak
dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya,
sama ada daripada
makanan atau
suplemen(makanan tambahan seperti vitamin)
yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap
pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak
diambil.
Cuma, kita perlu tahu bahawa vitamin bukan
pengganti kepada makanan harian kita. Terutama, makanan yang kaya dengan
nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus kan kalau kita
mengamalkan pengambilan vitamin? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan
vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau
minuman seperti
susu atau
buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut
membekalkan vitamin yang tinggi.
Tapi perlu diingat kadang2 masakan yang
kita masak belum tentu mampu mengekalkan khasiat serta nutrien yang terdapat
didalam makanan tersebut. Kadangkala khasiat akan hilang ketika proses memasak
atau menyediakan makanan. Jadi kita perlu bijak memilih sama ada untuk mengambil
suplemen yang sudah jelas khasiatnya atau makanan yang kita pon tidak pasti
sebanyak mana khasiat yang terkandung didalam makanan tersebut.
0 Comments