Makanan Perlu Elak Ketika Menyusu - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 26 March 2014

Makanan Perlu Elak Ketika Menyusu

Oleh: HASNITA PaMa
Tarikh: March 18, 2014

Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi.

Sebaiknya buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda. Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu

Makanan berkafein
Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.

Bawang putih
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.

Buah masam
Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya  menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.

Kekacang
Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.

No comments:

Post a Comment