0

Oleh: HASNITA PaMa
Tarikh: March 25, 2014

Kata orang kalau hendak mengajar anak makan sayur, ajarlah ketika dia masih baru diperkenalkan makanan pejal. Ketika anda baru memperkenalkan puri kepada bayi, jangan lupa perkenalkan puri sayur-sayuran kepada si kecil.

Antara sayur yang sering jadi pilihan adalah brokoli yang dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan.

Bahan-bahan
5 kuntum kecil brokoli
Sebiji kentang
Sedikit susu ibu

Cara menyediakannya
1. Rebus brokoli dan kentang yang sudah dipotong kecil sehingga lembut.
2. Setelah keduanya lembut, kisar sehingga hancur.
3. Campurkan sedikit susu ibu untuk rasa lebih lemak.
4. Siap untuk diberi bayi anda.

Post a Comment Blogger

 
Top