Cheesekut - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 23 April 2014

Cheesekut

As salam
Selamat sejahtera

Hari ni mood rajin nak buat cheesekut. Kebetulan encek hubby balik semalam anak dara dia demam so arini cuti. Dapatlah buat. Tengah2 buat kakak nangis pulak nak ibu. Hadoi. Sambil dukung sambil buat. Nasib menjadi.

I punya resepi simple je kot. Bahan2 balance buat kek keju leleh ritu. 

BAHAN2:
1 peket Biskut deluxe creakers
150ml whip cream
250gm cream cheese
100ml susu pekat
50ml susu segar
Hiasan: coklat urai warna warni & chocolate chip

Cinch shake mix flavour cafe latte untuk tabur layer

Energizing soy protein untuk tabur kat layer

Milo & horlick untuk tabur layer jugak

Untuk bahan2 nih ikut suka je nak letak apa. Bahan asas cuma biskut, cream cheese, susu pekat, susu segar je. Biskut tuh ada orang guna cream creaker.

Untuk bahan2 tabur kat layer tuh ada orang letak nestum, serbuk coklat. Pendek kata macam2 boleh letak. Macam i letak apa yg ada kat dapur.



CARA MEMBUAT CREAM CHEESE: 
Lupa pulak nak snap pukul cream nih. Masukkan cream cheese & susu pekat ke dalam mixer bowl. Putar pada kelajuan biasa hingga kembang. Dalam 5 minit je. Pastu masukkan susu segar. Agak2 pekat masukkan   lebih sikit susu segar tuh. Macam i just letak 50ml je. Kira ngam2 tak pekat tak cair. Agak2 dah sebati kira siap la.


CARA2 NAK SUSUN:

1. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan lama2. Kejap je dalam 2 saat camtu je.

2. Lepas dah celup tuh susun 1 persatu dalam bekas. (Dah terletak cream baru snap. Hihi).

3. Letakkan cream diatas biskut yg dah disusun tadi. Ratakan.

4. Taburkan serbuk horlick di atas cream tadi.

5. Ulang langkah 1-3.

6. Taburkan serbuk milo.

7. Ulang langkah 1-3.

8. Taburkan cinch shake mix flavour cafe latte.

9. Ulang langkah 1-3.

10. Taburkan serbuk energizing soy protein (esp)

11. Ulang langkah 1-3.

12. Taburkan serbuk milo & serbuk horlick.

13. Ulang langkah 1-3.

14. Taburkan hiasan diatas cheesekut nih ikut kreativiti. I nih tak berapa kreatif nih jela hasilnya.

Sebelum disejukbeku kan. Cantik kan layer by layer. Pasni masukkan dalam freezer.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa..........
Siap untuk dimakan selepas beberapa jam. Sedap woooooo. ^_^

Jom try!!!

No comments:

Post a Comment