Soto Ayam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 5 July 2014

Soto Ayam



As Salam
Salam Sejahtera

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan kali ini. Plan hari nih nak masak soto ayam untuk moreh. Soto ayam yang sangat simple. Bergedel pun takde. Kalau ada bergedel lagi best. Sini i nak share resipi soto ayam simple nih. Mesti u ols boleh buat sebab senang sangat. Huhu.

BAHAN SUP
Bawang Putih - dimayang
Bawang Merah - dimayang
Kulit kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
bunga lawang
Sedikit minyak untuk menumis
Air rebusan ayam
Garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP
  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumis. Biarkan sehingga garing kemudian masukkan air rebusan serta perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika.

BAHAN-BAHAN PENGIRING
Beras nasi impit
Ayam direbus
Daun bawang
Daun sup
Taugeh
Soohoon
Kacang tanah

PENYEDIAAN BAHAN PENGIRING
  1. Ayam direbus kemudian isinya disiat.
  2. Daun bawang dan daun sup dipotong halus.
  3. Taugeh dicelur seketika.
  4. Soohoon digoreng.
  5. Kacang tanah digoreng.
  6. Beras nasi impit dicuci kemudian direbus hingga masak. Selepas itu boleh dipotong.

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP
Cili padi
Kicap

PENYEDIAAN SAMBAL KICAP
Kisar cili padi dan kicap.

Done. Settle sudah. Senang je. Antara malas atau rajin je. Lepas bebuka dah boleh bawak g masjid. Kalau nak makan korang garnish la sendiri nak susun camne pun. Picture dalam mangkuk tuh i hidang untuk husband i. Hihihi

Ingin dapatkan produk Shaklee? Boleh hubungi sy untuk keterangan lanjut.
Roziah Muhammad Nor
012 9755310

2 comments: