Jeruk Mangga Asam Boi - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 25 October 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Fenomena JERUK MANGGA ASAM BOI sedang menular sekarang nih. Di mana-mana, sesiapa pun semua sibuk memperkatakan tentang jeruk nih. Kat group masakan memang tersangat lah famous/ Bukan setakat mangga tapi betik, epal hijau, jambu batu, nenas semua turut terjebak dengan fenomen nih. 

Tak kurang juga yang cuba menambahkan pendapatan dengan menjual jeruk nih. Kebanyakkan malas nak buat semua nak makan yang dah siap. Padahal tersangat lah senang nak buat. I ols nih memang suka mencuba dan mengolah resepi ikut suka hati je. Hihihi. Dah 2 kali ku buat jeruk mangga, 1 kali buat jeruk jambu batu. Semua tak letak cili padi walaupun resepi asal ada cili padi.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

BAHAN UTAMA JERUK MANGGA ASAM BOI

Mangga muda ( mangga fam )
Garam
Gula
Asam Boi (biji)
*sukatan agak-agak jela


Mangga Fam
Mangga Fam nih tak masam, manis pun tak. Ala-ala lemak je dan rangup pulak tuh. Memang best la kalau nak buat jeruk. Dah 3 4 hari masih kekal rangup.



Kupas mangga kemudian potong mengikut kesukaan. Cie potong macam dalam gambar tuh. Kemudian taburkan garam dan gula. Garam tuh sikit je sebab asam boi dah masin.



Masukkan pulak asam boi. Tak perlu banyak. Agak-agak jela nak letak berapa biji.


Akhir sekali masukkan dalam bekas bertutup kemudian goncangkan bagi sebati. Simpan kat dalam peti sejuk 4 5 jam lepas tuh dah boleh dimakan.

Selamat mencuba ^_^

*Kalau nak pedas letak cili padi potong ye. 
*Kalau mangga tak ada boleh ganti dengan epal hijau, betik muda, nenas, kedondong, jambu batu.


Tahniah dan terima kasih tuan empunya resepi atas perkongsian resepi nih. Berkat ilmu yang anda ada sebab berkongsi dengan ramai orang. Ramai juga yang menjadikan sebagai sumber pendapatan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.

5 comments:

  1. sy asyik duk tengok org buat jer.. entah bila lak nk try buat nih.... tapi dh rasa ari 2.. kakak sy buat dgn buah pear... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ke buah pear? Setakat nih akak buat jambu batu dan mangga je. Nenas dan betik memang tak makan. Nanti nak try epal hijau pulak.

      Delete
  2. terliur pulak tengok.. nak buat jugak..
    http://kucciecee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya pun dah buat. sedap sangat fenomena ni. hehe

    ReplyDelete