7 Tips Mudah Bersalin - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 27 November 2014

7 Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Setiap ibu yang mengandung pasti berharap dapat melahirkan dengan mudah. Namun setiap orang telah ditetapkan ujian disaat hendak melahirkan anak yang dikandungkan. Selain mendapat nasihat dari doktor atau melalui pembacaan kita juga boleh mengamalkan petua orang lama untuk memudahkan bersalin. 

Dianugerahkan kelebihan dapat menahan sakit bersalin memang anugerah yang terindah yang tidak boleh dirasai oleh orang lelaki. Bagaikan 'nyawa dihujung tanduk' ketika melahirkan anak. Oleh sebab itulah kaum wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak dikira sebagai mati syahid serta dosa ibu yang melahirkan akan gugur. Istimewa menjadi kaum wanita nih kan.

Sakit bersalin memang akan dirasai oleh setiap wanita namun kita boleh atasi kesakitan dengan mengamalkan beberapa petua untuk mudah bersalin. Cie kongsikan TIPS MUDAH BERSALIN buat ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi nanti.

tips mudah melahirkan bayi

7 TIPS MUDAH BERSALIN

1. Minum Air Kelapa

Kebiasaan orang-orang lama akan mencadangkan supaya meminum air kelapa ketika hampir dengan tarikh jangkaan bersalin. Jika amalkan meminum air kelapa dikhabarkan akan mudah melahirkan dan juga dikatakan dapat mencuci kepala bayi ketika keluar dari faraj.

minum air kelapa ketika hampir tarikh jangkaan bersalin


2. Makan Sedikit Sebelum Ke Dewan Bersalin

Pastikan sebelum memasuki dewan untuk bersalin alas perut dengan sekurang-kurangnya sebuku roti supaya dapat membekalkan tenaga yang mencukupi semasa proses melahirkan berlangsung. Jika kita berasa lapar akan menyukarkan proses untuk melahirkan Jangan biarkan perut kosong.

alas perut dengan sebuku roti sebelum memasuki dewan bersalin


3. Makan Kacang Bendi

Memakan sayur kacang bendi ketika mengandung dapat membantu memudahkan proses melahirkan kerana terdapat 90% air dan kaya denga kalsium. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti goreng, celur, masak kari atau asam pedas dan banyak lagi.


makan kacang bendi untuk melancarkan proses bersalin


4. Banyakkan Berjalan

Ketika kandungan usia sudah hampir tempoh melahirkan, pastikan ibu-ibu memperbanyakkan berjalan kaki supaya dapat membantu proses melahirkan yang mudah. Elakkan terlalu banyak masa berbaring atau berehat.

banyakkan berjalan kaki ketika hampir waktu melahirkan


5. Bersenam Ringan

Boleh amalkan senaman ringan untuk ibu mengandung.

senaman ringan untuk ibu yang akan melahirkan bayi


6. Surah, Doa dan Zikir

Seelok-eloknya ibu yang bakal melahirkan anak perlu mengamalkan bacaan surah Al-Quran, doa serta zikir supaya dapat memudahkan proses kelahiran.


7. Mohon Maaf

Mohon kemaafan sangat penting terutama dari suami. Dapatkan sokongan dan kemaafan dari suami supaya dapat memudahkan proses kelahiran.




Sekian sahaja 7 TIPS MUDAH BERSALIN yang boleh Cie kongsikan dari hasil meng google. Semoga dapat bantu membantu serta ingat mengingati antara satu sama lain. Jangan lupa pengambilan SET BERPANTANG kami ye. Semoga lebih memudahkan proses bersalin kerana mengandungi multivitamin yang lengkap.

Roziah Muhammad Nor
0129755310




No comments:

Post a Comment