Resepi Ikan Siakap Steam

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Balik dari Kuantan petang tadi terus cergas sediakan lauk dan sayur untuk bekalan seminggu anak-anak ibu kat rumah wan. Begitulah rutin mingguan ibu.

Untuk dinner tadi ibu masak ikan siakap steam. Campak-campak je siap. Encik suami nak balik Putrajaya so kena la masak awal-awal. Resepi nih mudah je. Apa bahan yang ada guna je. Sure jadi punya. Kita yang buat dia kan. Hihi.

Resepi Ikan Siakap Steam

resepi ikan siakap steam

Bahan-bahan Ikan Siakap Steam

1 ekor ikan siakap dibersihkan
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar dimayang
1" halia dipotong julliene
1/2 batang carrot dipotong julliene
Sedikit sos tiram
Sedikit air perahan limau kasturi
1/2 biji tomato dipotong dadu
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak masak

Cara Membuat Ikan Siakap Steam

1. Panaskan pengukus.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan carrot sehingga layu. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan bahan tumis tadi dengan sos tiram.
4. Masukkan sedikit ke dalam loyang kemudian letakkan ikan siakap. Masukkan kesemua bahan tumis tadi. Lumurkan ke seluruh bahagian ikan. Masukkan juga ke dalam perut ikan.
5. Kukus sehingga masak. Setelah masak taburkan dengan tomato dan daun sup.

Dah siap Ikan Siakap Steam. Senang je kan bahan basic je. Campak-campak je dalam loyang siap. Selamat mencuba ^_^





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

2 comments:

  1. senang je masak siakap steam ni.. campak-campak letak dalam kukus.. tunggu jap then siap... goreng je leceh sket kan

    ReplyDelete