5 Langkah Atasi Hidung Berdarah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 26 April 2015

5 Langkah Atasi Hidung Berdarah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Teringat lagi masa sekolah rendah pernah terkena hidung berdarah. Tapi tak ingat masa umur berapa yang pasti masa sekolah rendah. Masa tuh risau, cemas semua ada. Yelah pertama kali kena mesti la cemas kan. So Cie nak kongsikan 5 tip untuk atasi hidung berdarah. Semoga bermanfaat buat kita.




Ikuti tip-tip ini untuk mengelakkan pendarahan pada hidung:-

SUHU BADAN TERLALU TINGGI

Sekarang nih cuaca terlalu panas. Faktor cuaca juga antara penyebab berlakunya hidung berdarha. Keadaan udara yang terlampau panas boleh menyebabkan hidung berdarah. Tubuh badan kita tidak mampu untuk sesuaikan diri dengan keadaan suhu yang naik dan turun secara mendadak. Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam untuk memastikan badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Cie suka minum PERFORMANCE DRINK sebab sangat membantu ketika cuaca panas. Jangan biarkan hidung terlalu kering. Pastikan ia sentiasa lembap.


PERSEKITARAN

Pencemaran udara yang kotor juga boleh mengganggu selaput lendir pada darah. Ini akan mengakibatkan hidung kita akan mengeluarkan darah. Persekitaran yang dipenuhi dengan asap rokok, asap kenderran juga boleh menjadi puncanya. Elakkan berada dipersekitaran yang tercemar. Keradangan seperti alahan hidung yang tidak terkawal atau kerap terbersin juga boleh menyebabkan hidung akan berdarah. Utama kan kebersihan persekitaran rumah dan kawasan disekeliling. Pastikan tiada sebarang habuk yang boleh menyebabkan alahan pada hidung.


PENGGUNAAN UBAT

Pengambilan ubat jenis steroid yang kerap juga boleh menimbulkan pendarahan hidung. Minta nasihat dari doktor jika ubat tersebut tidak sesuai dengan kita dan menyebabkan hidung berdarah.


RESDUNG ATAU JANGKITAN

Pendarahan hidung juga boleh dikaitkan dengan masalah sinusitis atau resdung. Resdung akan menyebabkan hidung kerap berair, gatal dan berbau. Masalah ini akan membuatkan anda akan menghembus hidung dengan kuat dan kemungkinan boleh terjadi kepada pengidap resdung apabila terbersin terlalu kuat. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah. Rawatlah resdung anda dengan secepat mungkin. Boleh mencuba SET RESDUNG.


TABIAT

Tabiat yang paling biasa berlaku ialah mengorek hidung. Biasanya jika hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan korek terlalu dalam. Ini akan mencederakan dinding selaput lendir. Darah akan keluar melalui lubang hidung. Guna pelembab atau minyak bayi bagi membersihkan rongga hidung.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment