Saturday, 22 August 2015

Bersalin Normal Atau Pembedahan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Semalam terbaca kat facebook ada friend facebook share tentang keluhan ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan. Ada pelbagai jenis komen dari ibu-ibu yang pernah melalui pengalaman bersalin secara normal atau pembedahan. Teringin nak berkongsi sebab Cie pernah melalui kedua-dua kaedah nih.


pengalaman bersalin normal dan pembedahan
Gambar sekadar hiasan

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Ada yang melaluinya sangat mudah. Ada yang tak ada tanda pun nak bersalin, ada yang sakit sehingga berhari-hari. Walau apa sekalipun pengalaman yang kita lalui merupakan satu pengalaman yang tidak akan boleh dilupakan. Seperti nyawa dihujung tanduk. Kita tak tau sama ada kita selamat atau tidak ketika melahirkan. Kita hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan segala urusan.

Bersalin Pembedahan


Anak sulung Cie dilahirkan pada 12 September 2012 melalui kaedah bersalin secara pembedahan. Bukan dirancang untuk bersalin secara pembedahan. Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan demi menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan. Masa tu kat labour room bukaan 5 cm dah. Doktor rasa ada tali pusat di bahagian bawah sepatutnya kepala atau dalam bahasa klinikal cord prollapse. Untuk kali kedua doktor panggilkan jururawat yang bertugas pulak untuk rasa. Jawapan sama then terus panggil pakar segala doktor zup zap zup zap terus dihantar ke bilik pembedahan. Masa sampai kat situ dah tak rasa apa, tak nampak apa dah. Dengar je suara doktor pakar bius kata akan bius penuh. Doktor tuh suruh tarik nafas kemudian lepas. Lepas tuh tak sedar apa dah. Sedar tak sedar masa doktor kejutkan bagitau jantina bayi dan kena sebut apa jantina bayi. Lepas tuh bayi kena hantar ke wad kanak-kanak.

3 hari kalau tak silap kena stay kat hospital. Hari pertama tak boleh bangun dari katil so kena pakai kantung kencing, tukar pad pun kakitangan wad yang buatkan. Segan memang segan tapi nak buat camne kita tak boleh bangun. Terbaring je. Dah la masa tuh anak takde kat sebelah. Pembedahan waktu pagi, petang baru sedar sepenuhnya. Bukan la tak sedar langsung. Dengar orang bercakap kat sekeliling tapi mata tak boleh buka.

Dari segi penjagaan luka pulak takde la susah mana sebab luka kat perut je. Lepas mandi kena lap kering-kering then sapu ubat. Jangan bagi kawasan luka tuh basah nanti boleh jadi bernanah. Jangan banyak bergerak. Baring je atas katil. Time nih la nak jadi permaisuri raja. Hahaha. Cie hari tuh siap boleh mandikan baby lagi. Letak meja kecil tepi katil lepas tuh letak besen baby. Umur baby 5 hari dah boleh mandikan sendiri. Kena lah berdikari sebab mak dah takde untuk uruskan. 


Bersalin Normal

Anak yang kedua dilahirkan pada 6 Februari 2014. Kalau dihitung anak pertama baru setahun lima bulan dah dapat adik. Alhamdulillah yang kedua boleh dilahirkan secara normal sebab luka pembedahan anak yang pertama dulu dah pulih. Walaupun pada mulanya reaksi jururawat klinik ibu anak seakan menyindir. Masa usia kandungan 36 minggu kena berjumpa dengan pakar sakit puan untuk tentukan sama ada boleh melahirkan secara normal atau tidak. Selepas doktor scan tengok keadaan parut luaran dan scan dalaman, alhamdulillah doktor kata boleh cuba bersalin normal dulu. Kalau tak boleh jugak baru bedah. Cie takde pun reaksi takut ke apa. Kalau ikutkan dulu rela je kena bedah. Hahaha. Nak bersalin normal nih kena reti meneran baru lah mudah kan.

2 minggu sebelum due date baby dah nak keluar tak sabar sangat nak jenguk dunia. Hihihi. Untuk kali nih sampai hospital je bukaan dah 7 cm terus masuk bilik untuk bersalin. Kakitangan labour room letak kat bilik yang paling dekat dengan bilik bedah sebagai persediaan kalau ada kecemasan. Tak lama la menunggu dalam bilik tuh. Husband pun dipanggil masuk. Mujur la ada husband yang banyak membantu. Cie tak reti nak meneran. Jenuh dah jururawat kat situ ajar. Lain diajar, lain yang ku buat. Hahaaha. Dekat setengah jam jugak kot baby tak keluar lagi. Doktor takut baby lemas. Dorang cakap kalau tak keluar jugak sekejap lagi kena bedah nih. Hahaaa. Dorang dah bikin daku ketakutan. Tak dan 5 minit kot dorang cakap camtuh terus keluar baby. Masa keluar tuh tak perasan pun. Tiba-tiba baby menangis then jururawat letak atas dada. Alhamdulillah lega akhirnya berjaya juga bersalin secara normal.

Walaupun bersalin secara normal tetap ada luka episiotomi. Banyak jugak jahitan sebab dorang gunting masa susah baby nak keluar tuh. So ambil masa jugak nak sembuh. Punya la seksa nak duduk. Serba tak kena nak besimpuh. Senget tak kena, menegak tak kena. Susah masa nak cuci luka. Terpaksa la encik husband tolong letak ubat. Hahaha. Laki sendiri tak apa.


Mana Lagi Mudah Bersalin Normal Atau Pembedahan

Kalau soalan sebegini diajukan kepada daku macam tak tau nak jawab apa. Kedua-dua kaedah nih ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau pembedahan tak sakit masa nak keluar baby sebab kita dibius. Memang tak rasa apa la. Tau-tau je baby dah keluar. 

Kalau normal pulak seksa masa nak teran. Kalau tak pandai teran baby tak boleh nak keluar doktor akan guna kaedah vakuum. Kalau tak berjaya jugak last choice terpaksa bedah jugak.

Pendek kata pembedahan sakit selepas melahirkan. Normal semasa melahirkan. Ramai yang kata kalau pembedahan sampai bila-bila akan sakit. So far Cie takde pun rasa sakit kat tempat pembedahan tuh. Takde rasa apa pun. Tuh yang pelik bila ada kata anak dah besar masih rasa sakit. Maybe pengambilan suplemen banyak membantu sembuhkan luka sepenuhnya.

Pengambilan Suplemen Untuk Berpantang


Pengambilan suplemen penting semasa didalam tempoh berpantang. Supaya luka pembedahan cepat pulih luaran dan dalaman. Dah tentulah Cie amalkan SET PANTANG SHAKLEE. Memang cepat baik luka. Anak pertama umur 8 bulan dah lekat anak kedua. Hihi. Memang sangat dicadangkan pengambilan set nih. Takde masalah pun masa mengandung anak kedua sebab luka dah sembuh walaupun tak sampai 2 tahun.


Kepada ibu-ibu yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan jangan rasa rendah diri, jangan rasa serik untuk melahirkan anak. Insyaallah ada ganjaran Allah akan berikan buat ibu-ibu yang melahirkan anak. Kita insan terpilih yang Allah uji dan berikan keistimewaan.







Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 comments:

  1. saya tak pernah bersalin sbb tak kahwin lg.. hehehe.. mak saya selalu pesan kat kakak2 yg nak bersalin.. minta maaf dgn suami dulu untuk memudahkan proses bersalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat suami je tapi orang-orang sekeliling pun kena mintak maaf.

      Delete