Homestay Bandar Utama Damansara - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 20 August 2015

Homestay Bandar Utama Damansara

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Dua minggu sebelum hantar ayah ke Kelana Jaya kami adik beradik berpakat nak cari homestay area Kelana Jaya supaya senang nanti nak bertolak ke Kelana Jaya. Takdelah kelam kabut awal pagi nak bertolak dari Pahang. Plan asal nak naik bas ramai-ramai. Tapi daku tak setuju kalau nak naik bas sebab lagi susah. Better naik kereta sendiri nak ke mana-mana pun senang je. So kata sepakat nak cari homestay. So Cie yang dipertanggungjawabkan untuk cari homestay. Dah last minute sangat so area Kelana Jaya memang dah fully booking. Nak tak nak kena cari yang jauh sikit. Sikit jela tak jauh pun. Google punya google akhirnya jumpa jugak homestay di Bandar Utama Damansara. Rumah teres 2 tingkat. Nama homestay tuh U1 Homestay. Gigih call terus owner homestay tuh. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga dapat lah homestay tuh then terus la booking.

Senang je nak cari betul-betul belakang 1Utama. Yang paling syok kawasan homestay tuh sangat dekat dengan IKEA, Ikano Power Centre, The Curve, Kidzania. Boleh jalan kaki je ke Ikano. Mujur la tak stay lama kat situ. Kalau tak rabak poket I tau. Haaha. 

Harga homestay untuk 1 malam RM330. Perlu bayar deposit RM100 transfer ke akaun owner untuk book date. Masa check in bayar balance RM230 campur dengan RM100 untuk security deposit. RM100 owner akan refund masa check out.

Kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan homestay nih. Memang selesa untuk kami yang ramai nih. Bilik tidur ada 3 buah. Bilik air kat master bedroom ada 1, kat tengah-tengah antara bilik kedua dan ketiga ada 1, kat dapur ada 1. Ruang makan pun ada, bilik sembahyang, bilik laundry, ruang tamu, balkoni. Pendek kata sangat lengkap dengan segala kemudahan. Sangat selesa la kalau nak tinggal disitu sekeluarga. Tapi tak sempat pun nak ambil gambar dalam homestay.

kami sekeluarga tapi ada yang taknak begambar tuh. balkoni homestay.

kawasan ruang tamu yang sangat luas.

alahai adik muka sedih je. kakak pulak bad mood sedih kot atok nak jalan jauh.

nih masa mula-mula sampai terus posing. hihihhi

anak saudara ku yang kaki selfie. hahaa

budak gebok nih kalau bab beposing pandai sangat.

dengan kakakku dan anak saudara ku yang gebok. hahaa.

Tak best pulak sebab tak dapat ambil gambar keseluruhan homestay nih tapi serius memang puas hati. Kalau ada yang berkenan nak stay kat situ boleh contact owner homestay:-

ENCIK AZDI (012-9697581)
NO. 30 JALAN BU4/11
BANDAR UTAMA DAMANSARA
SELANGOR

GPS: N3˚9.281'      E101˚36.575'





Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 comment: