6
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Biasanya superhero adalah lelaki dan tidak menjadi sesuatu yang pelik. Watak superhero memang sinonim dengan kaum adam. Yang selalu menjadi hero tak mengira masa. Didalam rumahtangga kaum adam juga merupakan hero kepada isteri dan anak. Bagi kaum hawa gelaran superwoman memang jarang kedengaran. Tapi itulah hakikat sebenar. Wanita layak dipanggil superwoman kerana mampu melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan pada satu-satu masa. Kelebihan ini mungkin tidak ada pada kaum adam.

Allah SWT menciptakan wanita sebagai makhluk yang lemah lembut dan mempunyai kekuatan luar biasa walaupun dari segi fizikal wanita kelihatan lemah serta tidak kuat tetapi dari segi mental dan emosi seseorang wanita sebenarnya amat mengagumkan. Kelebihan yang ada pada wanita ini tidak mampu dilawan oleh kaum lelaki. Sesungguhnya seseorang wanita layak digelar 'superwoman'.


10 fakta tentang isteri suami wajib tahu
Gambar: google


FAKTA TENTANG ISTERI YANG PERLU SUAMI TAHU


1. Mampu menahan sakit kontraksi yang kadang-kadang dalam jangkamasa yang panjang tapi masih mampu bertahan, melakukan kerja rumah, menguruskan anak sebelum pergi ke hospital. Di dewan bersalin pula menahan sakit kontraksi lagi kerana masih belum terbuka jalan untuk bersalin. Apabila terbuka jalan untuk bersalin terpaksa menahan sakit sebelum bayi keluar. Bertarung nyawa nak melahirkan anak untuk suami.

2. Mendukung anak yang sedang menangis sambil memasak di dapur. Paling hebat menu dihidangkan lengkap dengan pencuci mulut. Sambil masak sambil hayun buai anak. Sambil masak sambil susukan anak pun ada. Lelaki tak mampu buat.

3. Dalam keadaan tak sihat, kepala bertampal koyok isteri tetap boleh uruskan keperluan suami dan anak-anak seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, menggosok pakaian, membasuh baju dan sebagainya.

4. Sambil menyusukan anak, sambil berborak dengan suami, sambil tengok televisyen, sambil ajar anak buat kerja sekolah, sambil melipat baju. Semua dibuat dalam masa yang sama. Hebat!

5. Tiba-tiba jadi seperti sotong kurita. Dapat mengemas rumah yang berselerak dengan mainan anak-anak seperti tongkang pecah apabila suami bagitau ada kawan atau keluarga nak datang. Dalam masa kurang sejam.

6. Shopping keperluan dapur di pasar raya. Suami jangan terkejut apabila isteri kata nak beli sayur, ikan dan ayam je. Tapi satu troli penuh barang. Kelebihan isteri pantang nampak apa je semua jadi keperluan. Berbeza dengan suami hanya beli keperluan dapur yang disenaraikan oleh isteri je. Kalau isteri senarai 5 barang maka 5 barang la dibeli.

7. 'Packing' barang keperluan suami dan anak-anak untuk balik kampung atau bercuti sudah menjadi kebiasaan bagi isteri. Tanpa tertinggal satu pun barang. Susun beg dalam kereta pun menjadi kepakaran isteri. Jika isteri yang susun lebih teratur dan muat semua barang. Kalau suami buat ada je yang tak kena.

8. Suami sila hadiahkan kepada isteri beg tangan yang besar kerana beg isteri selalunya akan dipenuhi dengan botol susu, pampers, ubat-ubatan, suplemen, tisu basah, beg duit, kunci rumah, pen, buku nota kecil, tisu, sikat rambut, getah rambut dan macam-macam lagi khazanah yang isteri rasa penting untuk dibawa.

9. Isteri mampu siapkan anak-anak, sambil make-up, sambil pakai tudung lilit ikut trend terkini jika nak berjalan atau balik kampung dalam masa yang sama.

10. Suapkan anak makan dan dalam masa yang sama suap makan untuk diri sendiri. Kalau anak makan tak habis isteri akan habiskan. Jangan tanya kenapa isteri anda mempunyai berat badan berlebihan. Taknak membazir makanan yang tak habis.


Betapa 'superwoman' seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu. Yang mana tak semua orang mampu lakukan. Hargai isteri anda yang bersusah payah untuk anda dan keluarga. Renungkan isteri anda ketika mereka tidur. Tengok betapa mereka penat seharian menguruskan suami dan anak-anak sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri. Sesekali berikan masa untuk isteri anda berehat dan anda ambil alih tugas isteri anda.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Post a Comment Blogger

 
Top