Anak-anak kecil memang mempunyai sifat suka bermain. Tapi pernah tak rasa macam nak marah bila mereka bermain hanya sekejap sahaja dengan alat permainan yang kita baru beli. Kita punya la gigih belikan mainan kan. Kadang-kadang tuh kalau beli doll sekejap kaki patah, sekejap tangan patah. Anak-anak Cie kedua sekali memang bermain dengan ganas. Hahaha. Sekarang dah malas nak belikan lagipun mereka 2 beradik nih tak pernah pun mintak barang mainan kalau berjalan. Pernah uji kakak suruh dia ambik mainan apa dia nak. Boleh dia jawab 'ibu ambik la kakak tak tau'. Selamat duit ibu kan. Bukan apa belikan pun sebab nak dorang tuh explore something.
![]() |
Sumber Gambar: Google |
Adik pulak suka sangat main pinggan mangkuk, periuk belanga. Rak pinggan mangkuk rendah je so segala yang dia boleh capai semua buat main. Selalu sepahkan kat ruang tamu. Keluar la suara tarzan ibu suruh simpan semula. Hahaha.
Kadang-kadang tuh kotak kasut ke kotak makanan yang kita dah nak buang tuh pun dia boleh buat main. Mainan ikut kreativiti dia jela. Buku-buku ibu pun dia rembat buat main. Kakak dan adik bukan jenis main mainan secara cermat. Baru je beli sempat la lebih kurang 24 jam dah jahanam. Sebab tuh malas nak beli mainan.
Anak-anak nih dorang punya daya kreativiti sangat tinggi. Apa je yang ada kat sekeliling pun dorang boleh buat main. So ibu-bapa tak perlu risau kalau anak-anak anda tak suka kan permainan. Perlu risau kalau dorang taksub sangat bermain permainan. Kalau tak belikan mengamuk siap baring-baring guling-guling. Yang camni kita perlu risau sikit. Hihihih.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
2 Comments
Kekdg ank2 lbh suka main pralatan yg da kat umah kan....mbazir je bli brg mainan tpi x d sentuh pun..thks sudi singgah blog Lya
ReplyDeleteaah memang pun. kadang2 mak bapak je yang lebih2 belikan mainan :)
Delete