4 Cara Kawal Nafsu Makan - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 20 October 2015

4 Cara Kawal Nafsu Makan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kita tidak menyedari bahawa kebanyakkan aktiviti seharian kita sebenarnya mendorong kepada nafsu makan yang kian meningkat. Lepas tuh mula la stress sebab berat badan naik mendadak. Lebih-lebih lagi jikalau bekerja di pejabat yang sentiasa bersuhu sejuk memang mengundang rasa lapar. cara terbaik ialah amalkan cara mengawal nafsu makan.

4 CARA KAWAL NAFSU MAKAN

amalkan cara mengawal nafsu makan
SUMBER: GOOGLE


Jangan Skip Waktu Makan

Jangan amalkan skip waktu makan untuk mengurangkan berat badan. Ini merupakan cara yang salah. Walau sibuk macam mana sekalipun pastikan anda makan pada waktu yang betul. Anda boleh merancang menu harian anda dan pastikan setiap empat jam anda makan snek yang sihat seperti buah-buahan atau bijirin berkhasiat supaya anda dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan serta dapat mengawal rasa lapar. Perut tidak akan berasa lapar jika kuantiti makanan yang diambil tidak banyak dan proses pencernaan juga akan menjadi lebih mudah.

Pastikan Tidur Mencukupi

Apa kaitan tidur yang mencukupi dengan selera makan? Ada kaitan ke? Ye memang saling berkait kerana jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup, secara tak langsung badan anda akan kurang bertenaga dan tidak bermaya. Jadi anda akan mengurangkan aktiviti harian anda. Secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan anda perlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Hormon juga akan menjadi tidak stabil dan risiko anda menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah sangat tinggi. Cuba atur masa rehat dan tidur yang seimbang dan mencukupi.

Minum Air Secukupnya

Sangat bagus diamalkan. Jika berasa lapar cepat-cepat minum segelas air masak. Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan. Kadang-kadang badan anda perlukan air bukan lapar makanan. So badan akan memberi isyarat kepada perut. Jika anda rasa sukar untuk meminum air masak yang kosong, anda boleh tambahkan hirisan lemon sebagai perasa.

Periksa Sebab Kenapa Anda Lapar

Apabila perut memberikan isyarat lapar, ingat semula bila kali terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam sekali. Jika berasa sangat berselera untuk makan walaupun anda tidak lapar, ia sebenarnya adalah nafsu semata-mata. Jangan terpedaya. Mungkin juga keinginan untuk makan makanan yang anda bayangkan. Perlu berhati-hati kerana jika anda menurutkan nafsu ini boleh menjurus kepada KEGEMUKKAN!!!!!

Marilah kita sama-sama amalkan cara mengawal nafsu makan ini. Ia sebenarnya boleh dikawal dengan diri sendiri. Abaikan nafsu makan tersebut, cekalkan hati. Pasti boleh!!!













Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 comment: