0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bulan nih banyak sangat mendengar berita kehilangan orang yang tersayang kepada kawan-kawan. Mati itu pasti, takkan lambat walau sesaat, takkan cepat walau sesaat. Sudah tertulis bila akan menemui sang pencipta.


Kehilangan insan yang tersayang nih memang perit, sakit, seksa. Semua ada bercampur baur. Rasa macam-macam. Kita tak jangka akan berlaku.

Tanggal 4 Jun 2010 Cie kehilangan mak tersayang. Mak pergi untuk selamanya dan takkan kembali. Rasa dunia gelap gelita. Rasa macam diawang-awangan. Masa tu rasa macam hidup nih kosong. Lama kelamaan dah boleh redha tapi ingatan tak pernah luput. Hanya doa jela kiriman untuk mak di sana. Bila terasa rindu tak sedar je air mata berguguran. 

Perit sangat bila kita kehilangan orang yang sayang. Lagi-lagi mak yang lahirkan kita. Macam burung patah sayap je bila mak dah takde. Paling sedih masa nak buat persiapan kahwin. Mak meninggal sebelum Cie kahwin. Memang terasa sangat kehilangan. Biasa mak la orang paling sibuk kalau anak-anak kahwin.

Semoga mak tenang disana, semoga ditempatakan dikalangan orang yang beriman. Ingatan kepada mak takkan luput. Alfatihah.

Post a Comment Blogger

 
Top