Sunday, 8 November 2015

Resepi Kek Coklat Dan Topping

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Petang tadi mood tiba-tiba nak mem baking menjelma pulak. Kebetulan bahan semua ada tuh yang menjadi kek paling senang nak buat. Tak guna mixer pun sebab malas nak buka dalam kotak, malas nak cuci leceh. So buat kek yang tak guna mixer. Telur pun tak perlu guna, mentega atau marjerin pun tak guna. Sangat mudah dan cepat disediakan. Yang paling penting sedap.



Resepi Kek Coklat dan Topping


Bahan-bahan Kek

1 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1/3 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air


Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan sedikit tepung/marjerin supaya tidak melekat.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°c selama 30 minit bergantung kepada oven anda.


Resepi Topping Coklat

Bahan-bahan Topping

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar minyak jagung
1/3 cawan susu segar

Cara Membuat:

1. Masak semua bahan hingga sebati. Angkat dan sejukkan.
2. Apabila kek telah masak, tuangkan ke atas kek.


1 comment: