Thursday, 12 November 2015

Resepi Sambal Lodek Lipis

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Masakan paling simple dan yang penting sedap. Makan dengan apa pun tetap sedap. Selamat mencuba.


Sambal Lodek Lipis


Bahan-bahan:

Ikan bilis
Bawang besar
Petai
Cili padi
Tempoyak
Garam
Serbuk kunyit
Bunga kantan (tak letak pun boleh)
Sedikit air
Sedikit minyak

Cara membuat:

1. Tumbuk cili padi. Kemudian campurkan cili padi, tempoyak, serbuk kunyit dan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Apabila garing angkat dan ketepikan.
3. Guna kuali dan baki minyak ikan bilis tadi masukkan campuran tempoyak tadi.
4. Masukkan petai, bawang besar dan bunga kantan. Kacau seketika.
5. Apabila mendidih perasakan dengan garam. Masukkan ikan bilis. Kacau dan angkat.

*kalau nak berkuah boleh lebihkan air.
*ikan bilis tak goreng pun boleh. Masukkan terus je.
*ikan bilis boleh digantikan dengan udang.

1 comment: