Sunday, 22 November 2015

Roti Nan Cheese

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lama sangat dah nak try buat roti nan cheese ni. Asyik duk tengok ramai update makan kat kedai mamak. Daku memang tak makan kat kedai mamak. Maka try la buat sendiri je. Alhamdulillah menjadi jugak cuma tak cukup leleh je. Next time kena letak cheese banyak-banyak.

Resepi Roti Nan Cheese



Bahan-bahan Roti Nan Cheese


4 cawan tepung gandum
1 sudu besar mauripan
2 sudu besar gula pasir
1/3 cawan marjerin
1 1/2 cawan air
Keju Chesdale


Cara Membuat Roti Nan Cheese


1. Satukan tepung gandum, yis, gula dan marjerin ke dalam bekas. Adun sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sebati.

3. Apabila doh telah sebati, tutup bekas dengan kain basah dan biarkan seketika 30-45 minit sehingga kembang. Lebih elok ditempat bersuhu panas supaya ia mengembang dengan cepat.

4. Setelah kembang, tumbuk-tumbukan doh.

5. Ambil sedikit doh dan jadikan bulat, masukkan keju chesdale dan bulatkan semula. Canai leper doh dan biarkan seketika sebelum dimasak. Ulang proses sehingga habis.

6. Panaskan kuali leper dan lenserkan sedikit marjerin. Letakkan doh tadi dan goreng sehingga masak. Terbalikkan apabila sebelah sudah masak.

7. Setelah masak sapukan dengan sedikit marjerin supaya nampak lebih berkilat.

8. Sedia dimakan bersama kuah kari, kuah dhal, kuah sardin, kuah lemak atau sebagainya.


2 comments:

  1. favourite ni.... nak salin resepi la. tq resepi ye :)

    ReplyDelete
  2. sha suka nan cheese nie tapi sejak boikot mamak memang x makan dah...
    Thanks share resepi.. Nak kena rajinkan diri buat nie..

    ReplyDelete