2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kita memang akan mudah sentap bila diajukan soalan berbentuk sensitif seperti bila nak kahwin? Bila nak ada anak? Bila nak tambah anak? Bila nak itu? Bila nak ini. Orang yang bertanya sikit pun tak hiraukan perasaan orang yang ditanya tuh. Pernah kan korang diaju soalan camni?



Jangan Tanya Soalan Sensitif


Minggu lepas kat radio era ada topik pasal nih dalam rancangan SATE. Mereka call Sharnaz Ahmad bertanyakan tentang soalan sensitif tuh. Sharnaz Ahmad kata dia tak suka orang kata dia susut. Huhu. Lepas tuh Sharnaz kata biasanya makcik-makcik kepoh je suka bertanya soalan sensitif nih. Memang betul pun biasanya makcik-makcik yang suka bergosip tuh. Kalau tak sibuk hal orang tak sah agaknya.

Bila nak kahwin? 

Bukan taknak kahwin awal. Allah dah tetapkan kahwin lambat maka lambat la. I pun nikah umur 27 tahun ok je. Walaupun memang orang asyik tanya je. Malas nak jawab sengih je. Jodoh nih bukan kerja kita. Allah dah tetapkan si A nih akan kahwin dengan si B pada sekian sekian masa. Bukan kuasa kita nak ubah-ubah.

Bila nak ada anak?

Urusan rezeki cahayamata pun kerja Allah. Allah dah tetapkan si A nih akan dapat anak sekian sekian masa. So tak perlu la makcik-makcik duk kata merancang la apa la. Bila Allah dah tetapkan umur kita sekian sekian akan mengandung maka mengandung la kita.

Bila nak tambah anak?

Soalan nih mak sentap. Ada sebab kenapa kita tak tambah anak. Bukan taknak tambah tapi masa belum sesuai. Faktor ekonomi, faktor persekitaran dan macam-macam lagi kita perlu ambil kira. Typicall orang melayu. Bila asyik beranak nanti duk kata pulak asyik beranak je. Tak suka sangat kalau orang tanya soalan nih. Anak dah ada 2 perempuan lepas tuh ada pulak makcik makcik suruh tambah anak lelaki pulak. Kalau boleh pilih jantina dah lama daku pilih makcik.


Oh makcik oh makcik. Kalau kami tanya makcik bila nak mati makcik sentap tak? Hahahaha. Kesimpulannya tak perlu kot tanya soalan berbentuk peribadi camtu. Kalau niat nak bergurau takde masalah tapi soalan camni tak sesuai kot dibawa bergurau. Tanya jela khabar dari duk tanya soalan merapu camtu. Mostly orang melayu je suka sangat tanya soalan macam tuh. Kadang-kadang tak faham mereka nih takde soalan dah agaknya nak mulakan perbualan. Semoga apabila daku menginjak usia tua nanti takdela peel macam makcik makcik. Hihihi.

Post a Comment Blogger

  1. btul la kan...kawin awal salah..kawin lewat salah..xde anak salah..anak 1 salah..anak 2 sama jantina salah..ape2 aje..masih ramai x faham jodoh rezeki maut semua dah Allah tetapkan sejak dari dlm kandungan..malah ke syurga/neraka pun Allah dah tentukan..:I

    ReplyDelete
  2. ohhh rakyat Malaysia memang suka tanya soklan sensitif...he he he....

    ReplyDelete

 
Top