7 Tahun Pengalaman Sebagai Penjawat Awam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 1 December 2015

7 Tahun Pengalaman Sebagai Penjawat Awam

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih genap 7 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. 1 Disember 2008 mula melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Masa mula-mula dapat surat penempatan tuh rasa macam eh Jengka nih ada hospital ke. Macam pelik pulak kan. Terus la melapor diri kat Hospital Jengka pulak.



Bermula la episod baru sebagai penjawat awam. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan gred C27. Pelbagai dugaan dan rintangan. Sebelum nih kerja swasta jadi bila masuk kerajaan nih budaya kerja sangat berbeza.

Menjadi Ketua Unit bukan perkara mudah. Berat tanggungjawab. Pelbagai kerenah kakitangan bawahan kita kena hadapi. Mujur la ada sedikit pengalaman semasa bekerja sebagai Assistant Restaurant Manager KFC dulu.

Pencapaian semasa kat Hospital Jengka takdela banyak. Yang paling bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mendapatkan pensijilan GMP dapur hospital pada tahun 2010.

Alhamdulillah syukur. Antara hospital terawal yang mendapat pensijilan di Malaysia. Bangga tau sebab berjaya. Bertungkus lumus siapkan manual GMP akhirnya berjaya juga mendapatkan pensijilan. Tak sia-sia la gigih berusaha. Bersengkang mata. Hihi. Oh ya GMP atau Good Manufacturing Practice nih ialah amalan pengilangan yang baik.

Bertugas di Hospital Jengka tak lama. Selepas berkahwin pada September 2011 terus hantar permohonan berpindah ke Hospital Kuala Lipis. Rezeki ada kekosongan. Januari 2012 mula melapor diri di Hospital Kuala Lipis dan Febuari 2012 mula bertugas. Penangguhan selama sebulan untuk menyiapkan beberapa tugasan sebelum penyerahan tugas.

Banyak kenangan pahit dan manis kat Hospital Jengka. Seronok bertugas di sana kerana semua kakitangan sangat baik dan kami sangat rapat seperti keluarga. Tapi disebabkan jauh dengan keluarga terpaksa la berpindah.

2012 bermulalah episod baru di Hospital Kuala Lipis pula. Kat sini tak jadi ketua unit sebab ada Pegawai Dietetik. Lega rasa sebab tak perlu fikir macam-macam.

Pencapaian di Hospital Kuala Lipis pula pada tahun 2013 berjaya mendapatkan pensijilan HACCP pula untuk dapur hospital. Hazard Analysis Critical Control Point iaitu analisis bahaya titik kawalan kritikal. Mesti tak faham apa kan. Hihi. Ringkasannya ialah untuk keselamatan makanan dari ladang ke meja makan. Ada la beberapa elemen yang perlu dijaga. Agak sukar tapi alhamdulillah berjaya. Juga antara top 3 hospital Malaysia yang mendapat pensijilan. 2 buah hospital lagi iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Muadzam. Insyaallah 2016 akan cuba untuk mendapatkan pensijilan Halal pula.

Orang kata kerja kerajaan nih senang je. Sebenarnya atas individu tersebut. Bagi Cie atas tanggungjawab kita. Jika kita rasa kerja tu adalah tanggungjawab dan amanah untuk kita laksanakan dengan sebaiknya takkan ada timbul masalah. Disiplin perlu dijaga. Tanpa disiplin sesebuah organisasi tersebut pasti kucar kacir. Hormati sesama kita terutama kakitangan didalam unit kita. Walaupun kita ketua tapi perlu dengar dan ambil kira pendapat kakitangan bawahan kita.

Semoga daku diberikan ketabahan untuk terus berkhidmat sebagai penjawat awam. Lambat lagi nak pencen nih kalau ikutkan 19 November 2042 nanti baru pencen. Jauh lagi perjalanan jika masih dipanjangkan usia. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Selamat ulangtahun ke tujuh sebagai penjawat awam. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.



2 comments:

  1. wah dah lama tu...apapun ..selamat ulangtahun ke 7 sbg pejawat awam (hehehe ada pulak ucapan cengini kan)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    wah, hebat dpt buat GMP dan HACCP..



    ReplyDelete