Cuti Empat Hari - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 23 December 2015

Cuti Empat Hari

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Esok bermula cuti selama empat hari. Lama jugak ni tapi tak tau nak ke mana. Ikutkan hati nak je bercuti bersama keluarga. Bukan senang nak dapat cuti berturut camni kan. 24 Disember cuti sempena Maulidur Rasul, 25 Disember Cuti Krismas, 26 dan 27 Disember cuti sabtu dan ahad.

Gigih la survey kot la masih ada lagi bilik yang kosong. Ermmmm agak mengecewakan sebab semua dah full. Memang sah la full sebab semua pakat gunakan sebaik mungkin cuti yang berturut ni. Takpela takde rezeki nak bercuti tapi tetap nak bercuti. Cuti lama-lama tu rugi kalau duduk rumah je kan. Huhu. Nanti esok kita fikir ke mana arah tuju. Selalunya husband memang ikut je wife dia ni. Hahaha.

sumber: google

sumber: google

Plan macam nak ke Janda Baik je tapi situ macam hutan je kalau nak suasana damai boleh la ke sana. Tak pernah pun ke sana lagi ok la jugak kan tenang je. Kalau nak ke Bukit Tinggi ok jugak sebab situ ada la aktiviti untuk anak-anak. Ada la juga taman-taman untuk kita tengok-tengok. Bukit Tinggi ni dah 2 3 kali jugak pergi tapi tak tidur kat sana. Pergi balik hari je.

Tengok la esok ke mana destinasi kita 4 beranak. Insyaallah kalau ada rezeki nak luangkan masa dengan suami dan anak-anak mesti dapat kan. Sambil nak cari beg sekolah kakak.

No comments:

Post a Comment