Oppo F1 Pakar Selfie Anda - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 12 August 2016

Oppo F1 Pakar Selfie Anda

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lama sangat dah mengidam nak beli Oppo F1 Plus tapi yang dapat Oppo F1 je takde plus. Ok la jugak kan janji F1. Rupa-rupanya baru setahun pakai Oppo Neo 5 dah tukar handphone lain. Bukan apa Oppo Neo 5 tu sejak dua menjak ni selalu sangat la tiba-tiba hang dan kadang-kadang terpadam.

Maklum la heavy duty sangat penggunaannya kan. Tak guna time tidur je kot. Dah nama peniaga online kan. Semua urusan menggunakan handphone dan line handphone. Kalau takde kedua-dua ni maka nya pincang la hidup ku. Hahahaha.

Nak dijadikan cerita minggu lepas duk tengok la website Maxis nak tengok kot la ada apa-apa promosi baru kan terpandang la ke pakej zerolution tu terus la rasa macam bagus jugak kalau ambil pakej ni. Kira macam handphone tu kita bayar bulan-bulan termasuk pakej line yang kita ambil.

Oppi f1



So call terus maxis care line dan tanya dia pakej tu macam mana sebenarnya. So operator tu menerangkan dengan lebih mendalam. Fikir punya fikir zassss terus jadi nak ambil tapi macam berbelah bagi pulak rasanya. Operator tu kata boleh je order online nanti mereka akan pos handphone tu. Mula-mula macam risau jugak takut rosak ke apa bila post. Sambil melepak dengan anak-anak je hari tu order online kat handphone so settle.

9 Ogos handphone pun sampai sebab boleh request nak bila handphone tu paling awal masa tu 9 Ogos terus jela pilih date tu. So untuk pakej ni Cie ambil Maxis One Plan RM98 sebulan campur harga handphone RM16 sebulan so semua sekali bayaran bulanan RM114. Unlimited call dan sms. Plan Cie pakai Plan Surf More 75 pakej lama. Bulan-bulan bil banyak jugak kena bayar untuk sms dan call so better ambil ni RM98 semua sekali ada dah.

Rupanya Oppo F1 ni bateri tak boleh cabut. Dia sekali dengan handphone dah. So simcard dan memory card ada port kat luar tu je sebelah kanan ada macam lubang untuk keluarkan port. Punya la jakun gigih google cara nak masukkan simcard handphone ni tapi tak jumpa pun macam mana cara. Rupanya ada besi untuk cucuk lubang tu baru lah port tu terbuka. Siap pergi kedai handphone tanya. Hahaha. Kedai tu kata ada dalam box tu. Balik rumah cari rupanya memang ada dalam box tu duk terselit elok je bila buka kotak terus nampak. Tak perasan pulak masa mula-mula buka tu. Aduhai jakun pulak rasa ni. Hahaha.

Secara rasminya handphone oppo Cie yang kedua. Lepas ni taktau la model apa pulak yang keluar. Latest model Oppo F1s kalau tak silap baru launch. Pakar selfie jugak la agaknya tu. Yang ni pun pakar selfie cuma kureng sikit je dari Oppo F1 Plus. Semoga urusan bisnes berjalan lancar dengan handphone baru ni. Semoga bertambah lagi rezeki dalam bisnes. Aminnnnn.

1 comment: