Oppo Neo 5 - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 19 August 2015

Oppo Neo 5

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat tinggal Samsung Galaxy Note II. Welcome Oppo Neo 5. Sedih rasa hati tau tapi nak buat lagu mana Samsung Galaxy Note II asyik hang je. Lagipun dah lama guna. Terlalu berat kot sebab tuh kadang-kadang hang dan panas bila guna. Jarang guna untuk call tapi selalu guna internet untuk urusan bisnes. Takut jugak nanti tiba-tiba terus padam je. Haru nanti tak dapat nak back up semua benda ada dalam handphone kan. So the best way kita tukar handphone lain. Guna terlalu lama pun tak elok jugak kan. Bukan niat nak membazir cuma nak memudahkan urusan bisnes. Lagipun husband jugak yang guna sekarang. Restore semula handphone tuh so jadi elok pulak husband pakai.


Sumber gambar: google

Tak plan pun nak beli oppo. Terus je terjah kedai handphone. Kebetulan kedai handphone tuh memang authorized dealer oppo. Kalau tanya dia mesti dia kata oppo lagi best kan. Saja jela nak try model lain. Dah lama pakai samsung nih. Dari zaman samsung flip lagi pakai masa belajar kat poli lepas tuh tukar nokia, dah jemu pakai nokia pakai samsung semula. Satu yang dah tak pakai tuh bagi kat Kak Long. Elok lagi Kak Long pakai sampai sekarang. Samsung SII sekarang anak dara ku yang pakai. Semua masih elok lagi. Samsung tab dulu jual kat Kak Pi. Masih elok jugak lagi anak dia guna buat main game sekarang.

Sekarang nih tak kesah dah handphone brand apa pun asalkan kemudahan untuk menggunakan internet, camera cantik, tak mudah hang pun dah ok dah. Oppo Neo 5 nih murah je RM500 je Cie beli. Yang best oppo nih sebab macam canggih sikit la function handphone nih. Kalau nak jawab call terus letak kat telinga dah ada sensor untuk jawab call. Tapi kena setting la. Cie tak guna setting tuh. Nanti kot anak yang main handphone terus letak kat telinga. Hihi. Lain function yang best skrin gerak isyarat. Apabila skrin dalam mode off, tap dua kali kat screen untuk hidupkan. Lukiskan bulatan kalau nak akses kamera. Banyak lagi boleh buat guna skrin gerak isyarat. Boleh set sendiri je gerak isyarat apa kita nak.

Kalau nak screenshot sangat mudah just leret ke atas dan ke bawah atas skrin dengan tiga jari je. Terus screenshot je. Cuma kalau nak selfie kurang cantik sikit. Jenuh dah menggodek setting tetap tak cantik. Kalau front camera cantik jelas je gambar. Moral disini tak payah nak selfie sangat ye. Hahahaa.

Lain-lain function biasa-biasa je kot. Memory handphone sikit je so save segala gambar kat memory card. Ok la kan janji boleh guna. Comel je handphone nih. Cie beli colour putih. Harap-harap handphone nih boleh digunakan dalam tempoh yang lama macam samsung ku dulu.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

7 comments:

  1. Tak pernah guna brand oppo.. So far masih setia dengan Lenovo sbb dah biasa .. :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. bila la nk dapat pakai oppo ni....

    ReplyDelete
  4. woww, memang nk beli oppo, tp nga survey mane yg ok, tang camera depan, add on camera 360 or b12 jerp, hahaha~ tpi tgk kwn gune kamera yg leh pusing2 depan tuu, best jugok, fuhh3, peluh ketiak, rm 1k somethingggg kot, tunggu hujung tahunn nantiiii, winkk.doakan nona dpt beli oppo ori,murah yaaaaaa

    best ler,, hp baru sisss, hehehe

    ReplyDelete