Wednesday, 12 October 2016

Restoran Ramly Burger AEON Big Wangsa Maju

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

2 minggu yang lepas Cie dan family ke KL nak shopping kat Poney Warehouse sales di Serdang tapi tak banyak sangat baju untuk girls ibu. Dapat 2 skinny jeans dan 2 sweater untuk 2 beradik tu. Jenuh dah duk pusing dalam tu tapi hampa. Baju boy jela banyak. Lepas tu terus ke AEON Cheras Selatan, AEON Wangsa Maju untuk shopping keperluan laki bini dan anak-anak.

Dah alang-alang kat Wangsa Maju tu terus la ke AEON Big Wangsa Maju. Niat asal nak cari kain meter je terus la ajak husband makan sebab kami anak beranak breakfast je pagi tu kat Putrajaya so dah petang baru rasa lapar. Taktau nak makan apa sementara tunggu husband ke toilet sempat la tengok kedai makan apa yang best. Terpandang la ke Restoran Ramly Burger tu terus la ajak husband try.



Ramly burger ni memang sinonim dengan produk sejuk beku macam daging burger, nugget, sosej dan beberapa lagi produk lain. Kalau tak silap Ramly ni buka restoran baru lagi so tak banyak lagi cawangan yang mereka ada. Kat Pahang ada kat Bentong.

kakak nak duduk dalam baby seat tu. adik taknak pulak duduk.

sibuk nak duduk atas ibu. taknak duduk atas baby seat. geram betul la ibu tak dapat kusyuk nak makan. jenuh pujuk baru la nak duduk kerusi sebelah. oh la Rania

sauce, straw, spoon, fork, knife semua kat station ni

yang menarik black pepper sauce tu selalu kat fast food ada cuma sos cili, sos tomato, sos thai je

chicken chop babah. asalnya babah order lain tapi yang tu tak ada katanya so babah tukar la menu ni.

chicken drummet untuk adik dan kakak. kakak je makan, adik makan coleslaw je.

lamb chop ibu selambak banyak jenuh nak habiskan sorang. babah ambil sikit je. so ibu la kena habiskan. 

ni bil yang kami makan

So far restoran ni ok cuma biasa lah fast food kan agak sedikit masin. Cie ni jenis tak suka masin so lidah tu jadi kelat je bila makan. Korang try la ada lagi menu lain. Next time boleh cuba burger pulak.

1 comment:

  1. Wah.. g Kl boleh singgah ni... Dulu selalu la g aeon ni masa dok KL dulu...

    ReplyDelete