Iphone 8 Plus

Iphone 8 Plus

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa pakai Iphone 8 Plus setelah lama mengidam. Hihihi. Tragis jugak alkisah nak dapatkan Iphone ni. Banyak liku-liku terpaksa ku tempuh. Hahaha. Iphone ni kalau beli kat maxis camtu dapat la murah. Kalau tanya kat apple store memang mahal. 

Apple iphone 8 plus



So Cie decide beli dengan maxis je harga agak berpatutan. Lama jugak fikir dan survey. Maxis tawarkan harga paling termurah dan within my budget. Lagipun Cie memang pakai pakej maxis tu yang dapat murah sikit.




Call Maxis Centre katanya takde stok dah sebab masa tu maxis nak launching Iphone X pulak so Cie pun dah rasa patah hati retak seribu. Takpela maybe takde rezeki kan masa tu duk fikir.

Setiap hari duk belek website maxis. Tahap meroyan nak jugak dah tu. Hahaha. Finally awal bulan 12 tahun 2017 bukak website maxis dan tengok harga eh macam murah je dari sebelum ni so dengan cargas dan sepantas kilat terus order online je. Settle dapat dah. Rezeki alhamdulillah.

Teringin nak beli iphone ni bukan la untuk kemegahan atau apa pun tapi untuk mudah nak bisnes. Handphone jenis lain selalu hang kalau terlalu banyak guna. Sebelum ni Cie guna oppo. Oppo pun bagus tapi bila kita dah terlalu banyak guna kadang-kadang cepat jadi panas, bateri cepat habis, whatsapp tak masuk kecuali kita buka baru la beduyun-duyun whatsapp masuk dan ada la beberapa problem yang menyulitkan Cie nak bisnes.

Ramai kawan bisnes yang bagi feedback positif tentang Iphone so sebab tu la Cie berusaha juga nak dapatkan supaya urusan bisnes lebih mudah. Almaklum la orang yang buat bisnes secara online ni memang sentiasa menggunakan handphone untuk semua urusan so amatlah penting untuk menggunakan handphone yang lebih baik.



Bila dah guna iphone ni rasa macam best android lagi. Hahaha. Nak tulis blog guna iphone agak bercinta jugak la memandangkan tak semesra pengguna macam android. Application pun tak sebanyak android. Dari segi ketahanan maybe iphone yang win. Tapi dari segi lain-lain rasanya android lagi best kot. Tapi entahla sebab Cie baru je pakai tak sampai 2 bulan pun lagi banyak benda yang belum explore.





Share this article:

1 comment: