Rubi Juara Tomyam Dungun

Kedai Makan Di Dungun Terengganu

Jauh hari ni dinner sampai ke Dungun. Hihi. Actually stay kat Dungun ni sebelum berangkat ke Kuala Terengganu esok untuk attend wedding anak buah. Stay 1 malam jela esok pagi-pagi check out dah. So malam ni pusing-pusing la area Dungun cari kedai makan.

Google ada la jumpa kedai yang menarik sekali dah sampai destination katanya maps tu tapi takde pulak nampak. Rasa betul dah ikut direction tu. Last sekali malas nak cari dah kami pusing-pusing jela bila nampak je terus berhenti. 

Terjumpa la 1 kedai ni ada payung bagai tapi melangut dah tunggu takde sorang pun ambil order. Tengok meja lain pun macam melangut je. Lepas tu sepakat dengan husband nak cari kedai lain. Anak-anak dah bising lapar. U-turn semula dan jumpa la 1 kedai ni takde orang pun tapi tawakal jela.

Rubi Juara Tomyam | Dungun

Harga setiap menu. Lupa snap menu air.

Antara menu yang ada

Belakang tu kaunter kerabu mangga, somtam, pulut mangga, pulut durian


Kaunter air dan kaunter bayaran. Abaikan gambar laki den tu. Haha


Kerabu mangga all time favourite


Kedai nampak biasa je tapi menu menarik jugak la. Ibu order nasi putih, daging blackpepper, kerabu mangga, air tembikai. Babah order nasi goreng udang, keropok lekor, air epal. Kakak dan adik nasi putih, sotong masak kicap, telur dadar.

Banyak lagi menu lain. Pulut mangga, pulut durian, western, somtam dan macam-macam lagi ada. Service pun laju berdesup je. Tak sempat nak boring tunggu makanan dah sampai. Ok la juga rasanya sedap la jugak. 

Lokasi kedai ni berdepan dengan KFC DUNGUN. Seberang jalan je nanti korang akan nampak signboard Rubi Juara Tomyam.
Share this article:

No comments:

Post a Comment