TIPS HILANGKAN JERAWAT | roziahmuhammadnor.com
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara biasa yang berlaku kepada remaja yang sudah akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon.
Bagi jerawat yang teruk kebiasaannya disebabkan oleh pelbagai punca seperti jangkitan kuman, alahan atau tersalah pilih produk penjagaan kulit. Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk hilangkannya.
Cie nak kongsikan beberapa TIPS HILANGKAN JERAWAT yang boleh kita cuba untuk mengembalikan kulit yang lembut dan licin serta yang paling penting dapat hilangkan jerawat.
TOMATO
Buah tomato memang kaya dengan Vitamin A, C, K, Asid Folat dan Potasium. Ianya sangat bagus untuk hilangkan jerawat dan juga bintik hitam. Potong kecil-kecil buah tomato dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Buah tomato pun boleh dimakan mentah.
AIR BASUHAN BERAS
Kalau basuh beras untuk masak nasi tu pastikan air basuhan tersebut tidak dibuang. Air basuhan beras ini boleh membantu hilangkan jerawat. Cuci muka dengan air basuhan beras. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air suam. Pastikan air basuhan beras bersih ye. Air basuhan beras ni juga berfungsi untuk mengurangkan masalah kulit berminyak. Sekaligus dapat mengurangkan masalah jerawat yang terjadi akibat dari kulit berminyak.
POKOK LIDAH BUAYA / ALOE VERA
Pernah tengok tak pokok lidah buaya? Dulu arwah mak Cie ada tanam. Masa zaman kanak-kanak memang suka patahkan batang lidah buaya ni lepas tu lendir tu sapu kat muka. Best tau sejuk je. Masa tu taktau pun lidah buaya ni boleh hilangkan jerawat. Kaedah semulajadi lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Tetapi agak sukar nak cari pokok ni sekarang. Caranya mudah sahaja. Ambil batang lidah buaya, patahkan dan ianya akan mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut pada tempat terkena jerawat. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu. InsyaAllah boleh hilangkan jerawat.
BAKING SODA
Soda Bikarbonat atau Natrium Bikarbonat merupakan bahan untuk membuat kek. Kebiasaannya memang ada disetiap rumah. Tahukah anda yang Soda Bikarbonat ni boleh membantu hilangkan jerawat. Bagaimana ianya berfungsi? Soda ini akan akan menyerap masuk ke liang pori untuk membersihkannya dan sekaligus akan mengelakkan jerawat baru tumbuh. Caranya mudah sahaja. Campurkan 2 sudu teh Soda Bikarbonat dengan sedikit air tetapi jangan terlalu cair ye. Jadikan seperti pes. Sapukan ke seluruh wajah terutama kawasan yang bermasalah. Selepas ianya kering, cuci dengan air sehingga bersih. Lakukan 3-4 kali seminggu.
TIMUN
Dah nak buat apa pulak dengan timun ni? Nak buat acar ke? Oh tidak. Timun ni banyak sangat khasiatnya sama ada dimakan mentah atau pun dijadikan bahan untuk rawatan muka terutamanya untuk hilangkan jerawat. Ambil sebiji timun hiris beberapa hirisan, Kisarkan separuh daripada timun tadi. Ambil hampas timun yang dikisar tadi kemudian sapukan ke seluruh muka dan tampalkan hirisan timun tadi ke bahagian muka yang ada masalah jerawat. Biarkan sehingga setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam. Ulang cara ini 3-4 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang tercari-cari TIPS HILANGKAN JERAWAT. Tips ini perlu dilakukan secara konsisten untuk hasil yang menakjubkan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment