Puding Roti Sos Kastard Periuk Noxxa

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD | KUKUS DALAM PERIUK NOXXA

puding roti sos kastard


puding roti kukus periuk noxxa

Tetiba rajin nak buat Puding Roti Sos Kastard untuk breakfast. Sebenarnya ada sebuku roti akan expired. Nak bakar atau nak makan macam tu je nanti tak habis so kalau buat puding roti mesti habis ni. Lagipun baru pertama kali nak buat puding roti kukus dalam periuk noxxa. Senang sangat nak buat.

BAHAN-BAHAN PUDING ROTI

1 buku roti (Cie guna roti gardenia yang kecil)
250ml susu rendah lemak
2 sudu marjerin
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice untuk hiasan (biasa orang letak kismis atau chocolate chip tapi sebab takde so Cie guna apa yang ada je)

CARA MEMBUAT PUDING ROTI

  1. Roti dipotong 4.
  2. Masukkan semua bahan kecuali roti dan chocolate rice ke dalam blender. Blend seketika.
  3. Susun roti yang dipotong ke dalam periuk noxxa. Susun separuh je dulu.
  4. Kemudian tuangkan separuh dari bahan blend tadi.
  5. Sambung susun lagi separuh roti tadi dan curahkan bahan blend tadi sehingga habis.
  6. Tekan-tekan dengan senduk bagi padat.
  7. Akhir sekaki tabur dengan chocolate rice.
  8. Set periuk noxxa kepada steam selama 25 minit.
Sementara nak tunggu puding roti masak kita sediakan Sos Kastard pula. Juga sangat senang dalam 5 minit macam tu dah siap.

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

CARA MEMBUAT SOS KASTARD

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau dengan whisk sehingga masak dan tidak bergentel.

Siap dah Puding Roti Kukus Periuk Noxxa dan Sos Kastard yang sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.

Selamat mencuba.
Share this article:

1 comment:

  1. Esok petang boleh buat, roti banyak lagi tak habis kat dapur..

    ReplyDelete