Ayam Bakar Lemon Periuk Noxxa

RESEPI AYAM BAKAR LEMON | PERIUK NOXXA

Bila penyakit malas masak menjelma maka ku keluarkan periuk noxxa untuk membakar ayam. Sebenarnya dah buntu taktau nak masak apa. Habis semua skill memasak dah keluar. Dari yang susah ke yang senang dah akhirnya. Tu la dilema para ibu ni kan. Buat yang simple dan cepat je kurang dari 10 minit siap masak ayam bakar menggunakan periuk noxxa.

ayam bakar lemon guna periuk noxxa


BAHAN-BAHAN AYAM BAKAR LEMON

AYAM
BAWANG PUTIH
BAWANG BESAR
HALIA
SERBUK KUNYIT
SERBUK CILI
GARAM
LEMON

CARA MEMBUAT AYAM BAKAR LEMON MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA


MULA-MULA GAULKAN AYAM BERSAMA SERBUK KUNYIT, SERBUK CILI DAN GARAM. GAULKAN SEHINGGA SEBATI

TUMBUK BAWANG PUTIH, BAWANG BESAR DAN HALIA. TAK PERLU TUMBUK HANCUR.

HIRIS LEMON DAN POTONG BULAT BAWANG BESAR

GAULKAN BAHAN TUMBUK BERSAMA AYAM

MASUKKAN KE DALAM PERIUK NOXXA

SUSUN LEMON DAN BAWANG BESAR

LARASKAN TOMBOL KE PRESSURE

GUNA SETTING HIGH PRESSURE DAN SET 8 MINIT

BILA DAH 0.0 DAN DAH BUNYI BEEP, LARASKAN TOMBOL KE STEAM. BIARKAN HABIS KELUAR WAP BARU BOLEH BUKA PENUTUP

BILA DAH BUKA PENUTUP MINYAK DAN AIR DAH KELUAR JADINYA BOLEH KERINGKAN SIKIT

TUKAR SETTING KEPADA STIR FRY DALAM 1 MINIT MACAM TU JE

OK DAH SIAP KELUARKAN DARI PERIUK

Senang je kan nak buat. Kalau bakar guna oven dalam 1/2 jam baru masak ayam tu. Sangat buang masa. Bila guna periuk noxxa ni masa masak tu akan lebih cepat. Tapi kalau takde periuk noxxa boleh je guna oven. Kalau takde oven boleh la guna teknik lain. As long ayam tu dibakar.


Share this article:

No comments:

Post a Comment