Cara Buat Bawang Goreng Homemade - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 7 November 2018

Cara Buat Bawang Goreng Homemade

CARA BUAT BAWANG GORENG

cara buat bawang goreng homemade

Ada yang tanya apa petua nak buat BAWANG GORENG HOMEMADE jadi rangup dan tahan lama. Cie memang takde petua. Ada orang kata letak tepung. So far Cie buat memang takde campuran bahan lain. Memang semata-mata BAWANG MERAH DAN MINYAK MASAK sahaja.

Ada yang kata tak jadi pun. Kadang-kadang sehari je bertahan lepas tu lemau. Maybe air tangan juga kot. Cie memang takde petua pun. 2 jenis bahan je Cie guna.

Cie guna bawang merah kecil ni. Ada orang panggil bawang merah india, bawang merah rose

Kupas kulit, cuci bersih dan toskan seketika

Potong nipis-nipis tak kisah la bulat ke serong ke atau macam mana asalkan nipis

Panaskan minyak betul-betul panas kemudian masukkan bawang yang dipotong tadi. Jangan kacau terlalu kerap. Bila dah agak kekuningan baru non stop kacau. Dah agak kuning dan garing tu boleh la angkat dan toskan minyak. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas

Maka siap la BAWANG GORENG HOMEMADE yang tahan lama dan kekal rangup. Cie buat selalunya berbulan-bulan tahan. Memang best ratah macam tu pun sedap je. Baru ni ada juga kawan kakak request nak beli. Cie ada juga buat upon request.

Cie packing dalam balang macam ni supaya tahan lama

Berat sebalang ni 150gm Cie extra sikit. Hihihi
Kalau korang teringin nak makan BAWANG GORENG HOMEMADE air tangan Cie ni boleh terus whatsapp Cie ye. 012.975.5310 (klik saja link akan terus ke whatsapp)

3 comments:

  1. salam singgah sini, lama dah tak menggoreng bawang..

    ReplyDelete
  2. biasanya campakkan garam dlm minyak, bwg akan garing x lemau

    ReplyDelete