Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1440 Hijrah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 24 May 2019

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1440 Hijrah


AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Berdoa untuk mohon keampunan dari Allah

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
"Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku."

Solat Sunat, Baca Al-Quran, Zikir

Banyakkan amalan solat sunat seperti solat tahajud, solat taubat, solat tasbih, solat witir. Banyakkan juga berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat, jangan la berdoa sesuatu yang buruk. Amalan zikir juga boleh diperbanyakkan.

Baca Ayat Al-Quran

Bacalah walaupun sepotong ayat Al-Quran sebelum tidur, kerana jika kebetulan dengan malam Lailatul Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam Al-Quran pada malam-malam lain. Sebaiknya bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali sebelum tidur.

Perempuan Berhadas Besar

Jangan risau bagi perempuan yang berhadas besar (dalam keadaan datang haid) masih boleh mengamalkan bacaan zikir.


Semoga kita diberi peluang untuk bertemu malam Lailatul Qadar yang mana 10 malam terakhir Ramadhan ni adalah merupakan malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.