Viktoria Hi-Tea 2020 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 25 October 2020

Viktoria Hi-Tea 2020

 SHAKLEE EVENT | VIKTORIA HI-TEA

Viktoria Hi-Tea 2020

Pada 19 September 2020 telah berlangsung 1 majlis Hi-Tea yang diadakan di Double Tree By Hilton Melaka yang dianjurkan oleh Master Firdaus (Dosh / MD) dan Master Iffah Anuar (MIA). Mereka ni super upline Cie la. Viktoria ni pula ada program anjuran mereka.Cie antara salah seorang dari peserta program la.

Viktoria Hi-Tea 2020



Viktoria Hi Tea 2020 ni merupakan event pertama Viktoria sejak ianya ditubuhkan. Selalunya hanya berhubung melalui alam maya saja.Tapi kali ini kami dikumpulkan seramai 120 orang mengikut SOP yang kerajaan tetapkanlah waktu tu tak lebih 120 orang. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk hadir majlis itu memandangkan kes covid semakin menurun.

Plan asalnya Cie tak dapat nak hadir maklum la agak jauh jugak Pahang ke Melaka tu. Tapi disebabkan oleh team Cie ada 2 orang yang akan menerima award terus Cie decide untuk bagi sokongan. Kami pergi berempat iaitu Norimah (anak 1st level Cie), Farah (cucu 2nd level Cie) dan Aishah (cicit 3rd level Cie).

Cie ke Putrajaya pada hari Jumaat petang bertolak dari Pahang dan sampai malam di Putrajaya. Keesokkannya hari Sabtu kami bertolak dari Bangi dalam 10 pagi. Kami pergi menaiki kereta Farah. Seronok jugak untuk kali pertama hadir event berkaitan Shaklee bersama team.

Sebelum event pun kami dah merancang macam-macam. Dari segi baju, make up dan sebagainya. Ada tema untuk majlis ini so kami mula la mencari baju mengikut tema. Tema BIRU dan GOLD memang sangat cantik dan mewah.

Viktoria Hi-Tea 2020
Sampai je ke hotel terus cari tandas untuk touch up muka


muka ada senyum nak teguk air


Tengah taip ni pun rasa terliur lagi

Welcoming drink

Dah nama event Shaklee kan welcome drink pun air Shaklee la

Bersantai sebelum event bermula

Ni la Master Dosh pengetua program Viktoria


Dapat door gift mask











Makanan yang disediakan semua sedap-sedap. Semua makanan Cie ambil. Cuma pasta jela kurang sikit rasanya. Yang semua sedap sangat. Dimsum best. Pertama kali ke majlis Hi-Tea masa belajar dulu itupun assignment tu memang kena pergi majlis hi-tea. Kira Viktoria Hi-Tea ni yang kedua la. 



Tumpang bunga team. Hihihi

2 orang leader team SR Millionaire berjaya menerima award yang disediakan oleh Master Dosh dan Master Iffah untuk new rank up bermula April. Tahniah untuk 2 orang team Cie yang berjaya menerima award tersebut. Cie sebagai upline dan mentor rasa sebak, terharu dan gembira sangat-sangat. Bercampur baur perasaan bilamana team kita berjaya bersama-sama dengan kita. Hasil usaha mereka dengan bimbingan dari mentor.

Ni team besar kami under upline Cie iaitu Master Fazliana. Team KSM.






Ni Cie dapat reward sebab efektif leader pada bulan Ogos

Alhamdulillah rezeki dapat gold coin yang pertama dari my mentor

Terima kasih banyak-banyak mak Shaklee Cie Master Fazliana yang memberi reward yang sangat bermakna tu. Terima kasih kerana memperkenalkan Cie dengan bisnes Shaklee. Kalau tak sebab Cie jumpa Facebook Master Fazliana hari tu agaknya Cie pun tak join Shaklee. Bermula dengan set pantang dan terus join Shaklee menjana income 4 angka sebulan tanpa gagal sejak 2013. Alhamdulillah syukur.

Cie sangat beruntung berada di bawah naungan group besar s2u Families under Master Dosh dan Master Iffah. Banyak sangat program yang MD dan MIA sediakan untuk kami berjaya. Master Fazliana juga banyak memberi tunjuk ajar untuk berjaya dalam bisnes ini. Masih jauh perjalanan ini. Demi big why Cie akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai income 5 angka pula.

Majlis Hi-Tea tersebut berakhir jam 5 lebih. Selepas je event tu Cie sempat lagi jumpa kawan sekelas masa sekolah merangkap bff Cie.

Kami bertiga ni 1 sekolah masa belajar di Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh. Kini keduanya sama-sama join bisnes dengan Cie. Semoga Cie dapat bantu mereka berjaya bersama-sama.


No comments:

Post a Comment