Thermal Printer EasyParcel - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 21 February 2021

Thermal Printer EasyParcel

 THERMAL PRINTER 

Thermal Printer Easy Parcel

Tahun 2021 ni banyak benda yang Cie invest untuk upgrade bisnes Cie. Semuanya untuk memudahkan urusan bisnes. Alhamdulillah tahun ni rezeki bertambah, bonus bertambah so masa yang sesuai la untuk Cie upgrade tools bisnes Cie.

Antaranya Cie upgrade sistem pesanan untuk team, belian THERMAL PRINTER dan coming soon InsyaAllah lebih banyak la yang Cie akan upgrade semuanya untuk memudahkan Cie dan team SR Millionaire. Memang beruntung sangat team Cie ni.

Actually lama dah Cie survey Thermal Printer ni kat shopee. Pantang ada free time je Cie akan search kat shopee tengok review dan sebagainya. Masa tu belum ada bajet yang mencukupi la nak beli dan bagi Cie kena utamakan benda lain yang lebih penting. 

Ada 1 hari tu Cie buka web EasyParcel. Selalunya akan ada pop out dari EasyParcel tentang promosi mereka. Entah macam mana Cie pun klik tengok eh ada promo Thermal Printer la sepanjang bulan Februari sempena Chinese New Year. Cie pun fikir punya fikir akhirnya Cie pun decide nak beli sebab berbaloi jugak promo tu.

Harga asal sebelum promo RM599.50 tapi lepas promo harga jadi RM359 dan free postage. Cie pun tengok apa lagi ada dalam pakej tu so terus klik. Antara yang ada dalam pakej tu:

  1. EasyParcel Sleek Thermal Printer
  2. 3 rolls of thermal label (500pcs per roll)
  3. EasyParcel L (A3) Flyer 50pcs
  4. EasyParcel XL (A2) Flyer 50pcs
  5. EasyParcel Transparent Pouch 50pcs
  6. Free EasyParcel Adam Squishy Notebook
All in one so memang berbaloi semua sekali dapat. Kalau harga Thermal Printer tu saja pun dah RM289. Harga asing-asing lagi mahal la compare harga promo. Alhamdulillah rezeki Cie nak memiliki Thermal Printer setelah lama duk survey dan fikir.

Best sangat dah try print slip post untuk post Shaklee parcel kepada customer dan team. Cie memang guna EasyParcel sejak tahun lepas lagi. Murah dan mudah guna EasyParcel. Sebelum ni print slip post tu guna printer biasa memang leceh nak kena gunting dan masukkan dalam plastik then tampal kat kotak kalau post guna kotak. 

Sekarang dah ada Thermal Printer ni lebih mudah la untuk Cie gunakan dan lebih menjimatkan masa untuk print dan packing parcel Shaklee untuk diposkan kepada customer dan team.

No comments:

Post a Comment