Selamat Hari Merdeka Ke 64 Tahun Malaysia - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 31 August 2021

Selamat Hari Merdeka Ke 64 Tahun Malaysia

MALAYSIA PRIHATIN | HARI MERDEKA KE 64

Selamat Hari Merdeka Ke 64 Tahun Malaysia

Tema sambutan Hari Merdeka yang ke 64 tahun ini sama juga seperti sambutan yang ke 63 iaitu Malaysia Prihatin.

Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan seluruh rakyat Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan yang melanda negara iaitu ancaman Wabak Covid-19.

Intipati Malaysia Prihatin Dipilih Sempena Bulan Kebangsaan 2021 adalah:

MALAYSIA: Perkataan 'Malaysia' memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut sama-sama dengan kerajaan bagi memerangi Covid-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

PRIHATIN: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif 'Prihatin' yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Semoga negara kita akan bebas dari wabak Covid-19 yang sangat merbahaya ni. Semoga negara kita sentiasa aman dan sentosa serta dijauhi dari segala musibah.

No comments:

Post a Comment