Dos Penggalak Pfizer - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 25 November 2021

Dos Penggalak Pfizer

 BOOSTER DOSE PFIZER

Dos Penggalak Pfizer

Pada 27 Oktober 2021 yang lepas Cie dah selamat disuntik Dos Penggalak Pfizer. Lengkap 3 dos suntikan Pfizer dalam tahun yang sama. Walaupun agak seram dengan jarum tapi berserah saja la kalau ini yang terbaik untuk melindungi diri.

Dengar juga cerita dari mereka yang dah mengambil suntikan ini katanya agak kuat. Dalam hati berdebar juga tapi kuatkan diri. InsyaAllah semuanya dipermudahkan dengan izin Allah.

Proses nak cucuk tu sama je dengan dos pertama. Kena isi borang persetujuan. Kemudian kena jumpa Pegawai Perubatan untuk dapatkan tandatangan saksi. Pegawai Perubatan cuma tanya masa dos pertama dan kedua ada apa-apa effect tak. Lepas dah jumpa PP tu terus ke bilik rawatan.

Dos Penggalak Pfizer

Walaupun dah berkali kena cucuk, debaran tu tetap terasa. Masa cucuk tu tak rasa apa. Nurse tunjuk dos suntikan lepas tu dia bagitau sedia ye. Lepas tu tiba-tiba dah siap.

Seperti biasa kena rehat dalam 15 minit. Sempat la berposing sekeping 2 gambar kenangan. Masih tiada apa-apa kesan. Boleh sambung kerja macam-macam biasa.

Dos Penggalak Pfizer

Dos Penggalak Pfizer

Dos Penggalak Pfizer

Dos Penggalak Pfizer

Balik rumah masih ok takde rasa apa-apa lagi. Malam pun masih ok lagi cuma rasa kurang sihat tu ada la.

Keesokannya masih boleh pergi kerja seperti biasa tapi dah start rasa tak sihat. Kepala pening, tempat cucuk sakit dan seluruh badan rasa sakit. Suhu 36.9 masa nak masuk office. Settle kerja sikit lepas tu dalam pukul 9 lebih dah rasa tak larat.

Serah diri kat Jabatan Pesakit Luar. Masa check suhu tu dah naik ke 37.++ camtu. Tekanan darah, oksigen apa semua ok je. Lama jugak nak sampai giliran jumpa doktor tu. Sampai kat doktor dia tak check apa pun cuma tanya 'tak boleh kerja ke?'. Kalau larat kerja takdela ku serah diri macam tu.

Dia bagi la MC sehari dan PCM je. Katanya kalau demam makan PCM je jangan makan ubat lain. Jenuh menunggu takde check apa pun.

Balik rumah dah start rasa panas badan, kepala sakit, seram sejuk, badan habis sakit, tempat cucuk sakit. Check suhu makin naik.

Dos Penggalak Pfizer

Sebelah petang makin naik dah capai 39++ pun. Baru la rasa nak telan PCM bila suhu makin tinggi. Tak sampai 1/2 jam telan 2 biji PCM terus kebah. Habis berpeluh. Dari berselimut terus kena buka. Dari off kipas terus kena on. Tu je ubat dia rupanya.

Mula-mula takut nak makan PCM. Memang dah lama tak sentuh PCM sebenarnya. Bertahun dah tak merasa demam. Asbab kena cucuk dos penggalak terus demam. Galak sungguh tu. Hahaha.

Sakit tempat cucuk tu lama jugak. Berhari-hari baru ok. Demam tak sampai 6 jam pun. Sakit seluruh badan tu pun kejap je. 

Alhamdulillah selepas tu semuanya ok takde apa-apa kesan lain. Semoga dengan ikhtiar ni dapat la melindungi diri dari wabak jahat Covid 19.

No comments:

Post a Comment