Sunday, 13 March 2022

Casa Dela Rosa Cameron Highlands

 REVIEW : HOTEL CASA DELA ROSA CAMERON HIGHLANDS

Casa Dela Rosa Cameron Highlands

Pada minggu lepas 6 Mac 2022 kami sekeluarga ke Cameron Highlands bekerja sambil bercuti dah alang-alang cuti sekolah. 7 Mac 2022 Cie ada audit di Unit Sajian Hospital Cameron Highlands. Tu yang terus bawak 1 family sekali.

Takdela berjalan sakan sangat sebab kebanyakkan tempat kat Cameron Highlands tu kami dah pergi. Pusing-pusing ambil angin sejuk jela.

Survey punya survey tak banyak bilik yang ada dan kebanyakkan harga tidak berpatutan.  Ada juga hotel yang dah tutup seperti Hotel Cool Point Tanah Rata. Maybe tutup disebabkan oleh kesan pandemik yang berlaku.

Kebetulan ada lagi bilik kosong di Casa Dela Rosa dan Cie survey harga melalui Agoda.com dapat la harga dibawah rm200 kira ok la tu ada sekali breakfast. Total harga hanya rm195.82.

Kami sampai di Cameron Highlands sekitar 3pm dan terus check in. 2pm dah boleh check in kalau ikut policy hotel. Proses check in pun cepat je memang takde orang pun yang check in.

Masa nak check in tu Cie tanyakan juga breakfast untuk kanak-kanak. Breakfast free tu untuk 2 orang. Receptionist kata untuk kanak-kanak rm15 so Cie nak bayar la untuk anak Cie, adik Rania. Kakak Raisha nanti akan makan yang free tu sebab Cie tak ambik nanti breakfast. 

Receptionist tu berbincang sesama mereka so dia tanya umur berapa anak. Cie kata 8 tahun dan 10 tahun. Dia kata takpela tak perlu bayar dia bagi free je. Alhamdulillah rezeki anak. Breakfast ala carte je boleh order nak makan apa. Takde buffet disediakan.

Overall bilik semua ok banyak kemudahan disediakan. Hotel pun tak ramai guest menginap maybe sebab weekdays kot atau pun maybe ramai yang menginap di homestay lebih selesa kalau bersama ahli keluarga yang lain. Sebab tengok ramai juga orang hari bekerja.

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
baru sampai terus check in dan naik bilik

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
kat lobi sementara tunggu suami parking kereta

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
reception ada 1 kaunter je sekali check in dan check out

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
cie ambil bilik 2 single bed senang nak tidur 4 beranak

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
mangkuk tandas dan sinki tu dekat sangat. bilik air pun sempit sikit la. lantai pun agak licin sikit tapi bersih

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ni seperti biasa la lengkap semua ada

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ada bath tub jugak senang anak-anak nak berendam. tapi sebab sejuk sangat takdela yang nak berendam lama-lama

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
bilik view garden maka nampak garden jela belakang bilik tu ada sayur dan bunga

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
iron, iron board, sejadah juga ada disediakan

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
hair dryer pun ada

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
almari solek pun ada kecik je. semua perabut kayu

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
tv, peti sejuk dan coffee tea juga ada sekali kettle

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
complete macam-macam ada ni tapi tak terbuat pun air tu

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ni sangat classic

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
lama tak jumpa telefon classic macam ni

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
jalan masuk dan keluar dari hotel

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ada pondok belakang hotel ni best la santai petang

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
cantik view hotel

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ibu bersama anak sulung

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
santai kat pondok belakang hotel

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
cantik view belakang hotel

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
bunga fresh je geram nak petik

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
memang geram tengok bunga-bunga semua fresh

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
ibu dan adik

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
berapa kali snap ni anak-anak malas melayan ibu. hahaha

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
sekeping la 4 beranak

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
view malam depan lobi

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
view malam hotel

Casa Dela Rosa Cameron Highlands

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
bilik bawah ni maybe mahal la sikit harganya

Casa Dela Rosa Cameron Highlands


Casa Dela Rosa Cameron Highlands


Casa Dela Rosa Cameron Highlands
restaurant kecik je


Casa Dela Rosa Cameron Highlands

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
menu boleh order kami tak order pun makan luar je

Casa Dela Rosa Cameron Highlands
breakfast ala carte je

Kami tak makan pun dinner kat hotel. Ada jugak steamboat rm40 per pax. Anak-anak nak makan MCD je malam tu.  Depan hotel pun ada kedai makan kalau malam-malam lapar. Tapi tak sure ada jual makanan apa kami tak singgah pun tengok.

Seawal 7.45am Cie dah keluar ke hospital untuk tujuan audit. Masa check 12pm husband la uruskan takde apa cuma pulangkan kad saja. Deposit pun hotel takde ambik cuma ada bayaran rm3 entah untuk apa ada receptionist tu ada sebut pasal tax. Tak termasuk harga bilik bayar cash je. Bilik Cie dah bayar masa booking.

Tu jela overall rasa nanti kalau ke Cameron Highlands lagi boleh repeat check in sini lagi. 

0 blogger-facebook:

Post a Comment