Sambal Goreng 3 Bahan

 SAMBAL GORENG SIMPLE

Sambal Goreng 3 Bahan

Hari ni memang masak simple je. Rasa teringin nak makan sambal goreng. Kebetulan Cie masak sup ayam. Sambal goreng 3 bahan je simple sangat mudah disediakan.

BAHAN-BAHAN SAMBAL GORENG

Ikan bilis segenggam
Bawang besar 1 biji
Cili padi ikut la kalau rasa nak pedas letak la banyak
Minyak masak

CARA MEMBUAT SAMBAL GORENG

  1. Tumbuk semua bahan. Agak-agak jela tak perlu hancur sangat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Sikit je untuk nak goreng sambal.
  3. Masukkan semua bahan tumbuk tadi dan gorengkan hingga garing.
Dah siap simple je. Gula ke garam ke tak payah letak la. Ikan bilis tu dah masin. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Tak payah lauk lain dah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Lauk yang buat diet hancur. Sedap sangat makan dengan nasi panas. Dah tak perlu lauk lain dah. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul memang tak layan dah lauk2 ni. makan dia saja pun dah sedap.

      Delete