Apa Itu Influenza | Gejala Influenza - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 24 July 2022

Apa Itu Influenza | Gejala Influenza

 VIRUS INFLUENZA

Apa Itu Influenza

APA ITU INFLUENZA?

Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang akan menjangkiti pernafasan, tekak dab paru-paru. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan ataupun serius. Ianya juga boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. 

GEJALA INFLUENZA

Kebiasaannya gejala Influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti. Antara gejalanya ialah:
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit-birit dan sakit perut (kebiasaan berlaku pada kanak-kanak)
Jika kita mempunya tahap imuniti badan yang baik, gejala jangkitan akan sedikit ringan.

BAGAIMANA CARA PENULARAN INFLUENZA

Influenza boleh merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada individu lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.Titisan ini boleh mencemari permukaan dan boleh menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

GOLONGAN YANG BERISIKO MENDAPAT INFLUENZA

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain)
  • Obesiti
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang jalani rawatan kemoterapi dan lain-lain)


CARA MENCEGAH INFLUENZA

Terdapat beberapa cara untuk mencegah jangkitan influenza. Antara yang terbaik adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan ke atas di fasiliti kesihatan swasta.

Selain dari dapatkan vaksin Influenza, ada lagi cara mencegah yang boleh diamalkan seperti:

  • Jaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau boleh gunakan hand sanitizer.
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin menggunakan tisu atau face mask.
  • Jarakkan diri dari individu yang bergejala dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter.
  • Duduk di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Jika perlu keluar rumah pastikan memakai face mask.
  • Kuatkan sistem pertahanan badan dengan makan makanan berkhasiat dan amalkan pengambilan Vitamin C.






No comments:

Post a Comment