REVIEW: Huawei Band 7 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 12 July 2022

REVIEW: Huawei Band 7

 HUAWEI BAND 7

Huawei Band 7

Akhirnya impian nak memiliki smart band tercapai. Lama dah Cie survey tapi tak terbeli lagi. Selalu google smart watch yang menarik untuk dibeli. Memandangkan jam yang Cie pakai tu dah 11 tahun hantaran masa kahwin dulu dah terlalu lama. Jam tu masih berfungsi dengan baik.

huawei band 7
Goodbye jam yang banyak berjasa


Zaman dah semakin maju dengan teknologi so kita perlukan smart watch la pulak kan. Banyak function smart watch ni so memang tak rugi kalau nak beli. 

Banyak jugak brand yang Cie survey termasuk la Apple Watch. Yela kan bila dah pakai Iphone senang la nak sync brand yang sama. Tapi disebabkan harganya agak mahal kan so kita beli yang biasa jela as long banyak function dah boleh sync dengan apa-apa handphone sekalipun.

Cie tertarik dengan smart band Huawei. Selalu la bukak website Huawei untuk tengok-tengok. Tengok jela masa tu belum tergerak hati nak beli.

Sampai la bulan lepas Cie scroll story Instagram. Lepas tu ada la shopee ads. Poster tu ada ads berkenaan dengan smart band pre order cuma bayar rm16 dan nanti baki kena bayar pada 7 Julai (sales 7.7). Cie pun terus buka website Huawei untuk tengok betul ke tak. 

Ye betul memang ada sales tu. Harga asal Huawei Band 7 ni RM219. Tapi untuk sales 7.7 tu hanya RM169. Wahhhh memang dah murah sangat ni. Dah sama harga dengan band 6. Apa lagi Cie pun terus la bayar RM16.90 kat website Huawei pada 29 Jun 2022. Balance RM152.10 Cie bayar pada 7 Julai 2022.

huawei band 7


Hari yang sama jugak Huawei poskan smart band Cie tu. Keesokannya 8 Julai 2022 dah sampai. Memang cepat betul sampai. Terus Cie guna dengan terujanya. Hahahah.

huawei band 7
Item yang ada dalam box: smart band, usb cable, warraty guide dan manual user


huawei band 7
Gdex hantar pagi, tengahari balik lunch time terus unboxing. Masuk kerja petang tu terus pakai

Sepanjang 4 hari guna ni bagi Cie memang sangat berbaloi untuk kita memiliki smart watch ni. Selain untuk memantau healthy activity kita, banyak features lain yang memudahkan kita.

Boleh sync terus ke handphone Cie melalui apps HuaweiHealth. Kena install la kalau nak gunakan. Watch faces tu boleh tukar ada pelbagai jenis yang percuma dan berbayar. Letak gambar sendiri pun boleh je.

Huawei health apps


Huawei health apps


FEATURES HUAWEI BAND 7

WORKOUT

Dalam features ini ada pelbagai aktiviti workout yang kita boleh set antaranya ialah Outdoor Run, Indoor Run, Outdoor Walk, Indoor Walk, Outdoor Cycle, Indoor Cycle, Pool  Swim, Jump Rope, Elliptical, Rower, Others macam Volleyball, Dancing dan banyak lagi la yang kita boleh set juga. Memudahkan kita nak excercise dan pantau kalori yang terbakar.

WORKOUT RECORDS

Ni akan direkod la semua aktiviti workout kita. So mudah la kan kita boleh tengok semula segala rekod.

WORKOUT STATUS

Yang ni tak sure untuk apa

HEART RATE

Yang ni akan merekod bacaan denyutan jantung kita.

SpO2

Blood Oxygen Saturation (SpO2) adalah peratusan hemoglobin dalam darah yang mengandungi oksigen. Kita boleh memeriksa bacaan SpO2 kita menggunakan smart band ni.

ACTIVITY RECORDS

Dalam ni ada rekod berapa langkah kita berjalan, berapa kalori terbakar, berapa jarak kilometer kita berjalan, berapa jam aktiviti harian. Semua ini direkod jadinya dapat la kita pantau setiap hari.

SLEEP

Yang ni pun sangat menarik. Band ni boleh rekod berapa jam kita tidur. Berapa kali kita terjaga. Berapa jam deep sleep, berapa jam light sleep dan berapa jam REM sleep. REM (Rapid Eye Movement). Cie baru try sekali je pakai band masa tidur.

CYCLE CALENDAR

Kita boleh set calendar untuk period kita. Bila last period dan band akan kirakan bila next period kita. 

STRESS

Stress test pun kita boleh buat. Boleh la kita tau kita ni tengah stress ke tak. Ada beberapa soalan perlu dijawab.

BREATHING EXCERCISE

Kita boleh buat latihan pernafasan menggunakan band ni. 

NOTIFICATIONS

Yang ni pun menarik sebab segala notification dari handphone akan terus masuk ke band mengikut yang kita set kat setting. So kalau handphone tengah charge atau jauh dari kita tau la ada notifications dari sms, emel, facebook, instagram, telegram, whatsapp dan semua notifications la. Cuma tak boleh nak reply la dari band tu. 

WEATHER

Cuaca semasa pun ada juga. Senang la nak tau keadaan cuaca dan suhu tempat kita.

STOP WATCH, TIMER, ALARM

Features ni sama la dengan yang ada kat handphone kita. Bila pakai band ni waktu tidur senang la nak set time alarm kita nak bangun.

FLASHLIGHT

Pun sama function dengan yang ada kat handphone kita. Boleh la guna nak cari apa-apa dalam gelap.

FIND PHONE

Sangat memudahkan kalau kita terlupa letak kat mana handphone kita. Just tekan Find Phone pada band ni dan handphone kita akan berbunyi.

BLOOD PRESSURE

BP test ni ada di HuaweiHealth apps. Kena pairing dengan band baru la boleh dapatkan bacaan tekanan darah kita. 

Baca Sini Juga:




Banyak sangat features menarik dalam smart band Huawei Band 7 ni. Harga sekarang dah kembali kepada asal RM219. Alhamdulillah rezeki Cie dapat beli waktu offer.

Band ni juga akan vibrate kalau kita tak bergerak lebih 1 jam. Masa mula pakai tu Cie duk mengadap PC kat office memang tak berjalan la sejam. Tiba-tiba band vibrate. Hahaha. Dia suruh move. Cie pun bangun la berjalan ke toilet. Bagus jugak so kita tau la yang kita dah lama sangat duduk je.

huawei band 7



Untuk features Sleep tu memang best sebab ada details rekod kita tidur pukul berapa, kita bangun pukul berapa, berapa kali terjaga, pernafasan waktu tidur. Complete data tersimpan dalam apps.

Huawei health band 7



Sebelum ni hanya guna apps saja untuk kira berapa langkah berjalan, berapa kalori terbakar. Sekarang dah ada smart band ni lebih mudah la semua ada di dalamnya. Bertambah semangat nak excercise. Hihihi

Hari ni Cie try features indoor cycling. Memang best sebab ada kiraan kalori, berapa minit excercise, berapa heart beat. So boleh la kita tau berapa kalori kita terbakar dan data tersebut ada tersimpan di Workout Records dan apps HuaweiHealth.

Huawei health band 7


Huawei health band 7
Senang la kan bila semua health record ni tersimpan dalam apps dan handphone. Mudah la untuk kita tengok.

Huawei health band 7
Banyak jugak terbakar kalori hari ni. Buat kerja rumah dan excercise sikit



Tadi petang Cie tertidur. Masa tu memang Cie pakai band. Tak sangka la pulak memang auto dia rekod time kita tidur tu. Terlelap je sebenarnya masa tengah tunggu handphone charge takde apa nak buat. Baring kat sofa. Rupanya 40minit jugak Cie nap. Hihi.

Huawei health band 7


Overall Cie sangat berpuas hati dengan smart band ni. Nanti kita review features lain pulak.

No comments:

Post a Comment