Fun Walk Merdeka 2022 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 6 November 2022

Fun Walk Merdeka 2022

 FUN WALK MERDEKA | KOSPEN WOW HOSPITAL KUALA LIPIS

Fun walk merdeka

Event dah lama berlalu baru la berkesempatan nak share. Nak menulis ni kena ada mood kadang-kadang takde idea, kekadang malas. Macam-macam la. Hihihi

Pada 10 September 2022 yang lepas, KOSPEN WOW Hospital Kuala Lipis telah menganjurkan Fun Walk Merdeka yang melibatkan kakitangan hospital. Termasuk la team jabatan Cie pun join jugak 1 group.

KOSPEN ni singkatan kepada Komuniti Sihat Pembina Negara. Program ini merupakan program intervensi faktor risiko untuk membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan majikan dan pekerja. 

Fun Walk ni bermula dari Hospital Kuala Lipis dan berjalan menuju ke Bukit Bius dan patah balik ke hospital. Sampai ke puncak Bukit Bius tu ada urusetia yang menunggu dan akan serahkan sampul berisi keratan gambar Perdana Menteri Malaysia dan bekas Perdana Menteri.

Sampai semula di lobi hospital kena menunggu semua peserta sampai. Baru la game cantumkan gambar tu akan bermula.

Peserta dikehendaki mencantumkan gambar tersebut dan group yang paling cepat berjaya cantumkan akan dikira sebagai pemenang. 

Alhamdulillah rezeki team jabatan Cie menang tempat pertama. Laju betul mereka cantumkan. Team pertama jugak yang sampai ke Bukit Bius dan ke lobi. Power betul.

Cie jadi urusetia je. Bawak anak-anak sekali join tapi tak sampai puncak pun anak-anak ajak patah balik dah.

Fun walk merdeka


Fun walk merdeka
Masa Pengarah Hospital nak lepaskan peserta

Fun walk merdeka
Masa turun ni


Fun walk merdeka


Fun walk merdeka
Geng ni dah sampai puncak dan turun dah kami 3 beranak pun patah balik


Fun walk merdeka
Penat 2 beradik ni berjalan jauh


Fun walk merdeka
Team pertama sampai


Fun walk merdeka


Fun walk merdeka
Menang tempat pertama


Syok jugak join event macam ni. Dapat la bakar kalori berlebihan tu. Banyak jugak steps walaupun berjalan je. Kalau ada nanti boleh join lagi.









No comments:

Post a Comment